Memandangkan aku & anak2 mmg suka makan ayam, maka menu hari ini adalah Ayam juga. Jadilah Ayam Masak Kurma...tapi hari ni Mak Long aku a.k.a Wa (panggilan anak2) a.k.a yg mengasuh anak aku...
Memang Mak Long Masak sedap...hehehehe. specially Sambal tumis, aku suka sangat. Nak diceritaka resepinya...nanti korang tak bleh nak cari plak rempah ni, aku beli rempah basah (rempah giling) ni dari Pasar basah dekat tpt aku ni, memang senang sgt nak buat kurma, dia dah adun siap rempah giling ni, kat tpt aku jer ada benda ni, sebab masa aku pi umah adik aku,nak masak Kurma Kambing, Mak aku suruh bawa rempah dari kampung...emmmm...mmg sedap lah,
Kurma ready untukdi ngap....p/s aku tak pandai ambilgambo, semacam jer kan...
Tapi, aku letak juga lah resepi skit kat sini yer..
KURMA AYAM BERKENTANG
1/2 ekor ayam di potong 8
4 sudu besar Rempah kurma basah(rempah giling)
1 sudu besar Rempah kurma Adabi.(Ni supaya ada rasa pedas skit)
** kalau tak der rempah kurma adabi, campur skit lada sulah
2 biji kentang dipotong 4
2 bii bawang besar - dibelah 4
4 biji Cili Merah
1 cawan santan
Bahan tumis
2 ulas bawang merah- di cincang
2 ulas bawang putih- dicincang
1 inci halis di - potong nipis
2 batang serai- diketuk
kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Daun kari
sedikit minyak untuk menumis
Cara2nya
1. Tumiskan bahan2 tumisan tadi hingga naik bau
2. Masukkan Rempah giling tadi bersama rempah adabi, biar hinggga pecah minyak
3. Kemudian masukkan ayam dan ubi ( biarsampai empuk) - air ayam akan keluar dan biar sampai ayam & ubi masak/empuk.
4. Kemudian masukkan santan, biar mendidih sebentar, kemudian masukkan Bawang Besar yang dibelah tadi, diikuti dengan cili merah.
5. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit perisa....siap untuk di hidang.
No comments:
Post a Comment