Friday, December 16, 2011

Lunch Tengah Hari ini






Tengah hari ni .........ini ja yg ada nak kuar n balik malas....................layan

Wednesday, August 24, 2011

SAMBUTAN AIDILFITRI MENURUT PERSEPSI ISLAM

Sumber Dari Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)
Wajar dikongsi bersama-sama

Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.

Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya.

Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.

Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.

Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)

Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.

Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”

– (Surah An-Nisa': 1)

Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.







Friday, August 12, 2011

Lama mendiamkan diri

Assalamualaikum..............

Lama betul me mendiamkan diri..
sibuk dengan persiapan diri
tetapi di facebook masih aktif seperti biasa

Sebenarnya Me sibuk dengan segala persiapan diri untuk mengerjakan umrah pada Awal Ramadan
Alhamdulillah semuanya selesai,
Syukur Kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan me and hubby menjadi tetamu allah pada tahun ini. Tiada gambaran yg indah dapat diterjemahkan disini, tiada kata-kata terhebat dapat diluahkan disini, untuk diceritakan pengalaman dan saat yg terindah dalam hidup ini ketika berada di Tanah suci Mekah.
Hanya allah S.W.T yang tahu
Me and hubby serta kedua ibubapa mertua dan , Datukl saudara juga ipar, sepupu ( kami sekumpulan 8 orang) bertolak pada 31 Julai 2011 dan pulang pke tanahair pada 11 Ogos 2011.
Ini bermakna kami menunaikan Umrah pada Awal Ramadan , peluang untuk merasai dan menikmati Ramadan Di Mekah bukan sesuatu yang mudah, dan tidak ramai mendapat peluang ini. syukur Alhamdulillah me and hubby dapat menunaikan nya buat pertama kali di bulan Ramadan.

Memang tiada kata-kata dapt diluahkan selepas berada disana, maka tanamkan keazaman dalam diri, dan berusahalah untuk ke Tanah Suci lagi kerana disana pasti temui ketenangan. Insyaallah...

Sekembalinya me ketanahair, belumpun sempat ku sampai kerumah , adik aku memaklumkan bahawa Opah a.k.a Mak yang menjaga aku sedari kecil telah kembali ke Rahmatullah. Sepanjang me di tanah suci, me talah dimaklumkan keadaan kesihatan Mak yang semakin kurang memuaskan . Me tetap berdoa agar segalanya dipermudahkan, tidak lagi diberi azab di dunia, ..............Ketika dikhabarkan me rasakan berkat doa me dikabulkan Allah S.W.T . 11. Ogos 2011 , kembalinya Arwah opah a.k.a Mak ; Che Gayah Ke Rahmatullah. Semoga Mak ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Kini yang tinggal hanya kenangan, yang kekal diingatan.........Aku Redha..


Tak pandailah nak berbebel lagi......cukuplah sebagai info kenapa blog ini tidak berupdate.

Saturday, May 14, 2011

Sago @ Bronok.....betul ka???

Alkisahnya , masa jelajag blog Cikgu Hana yang baru jer blk ke Malaysia tu...ada tgk benda ni, anak-anak mmg suak tapi jarang sekali buat menjadi. asal buat ajer lembik, asal lembik jer aku la yg buat tu...Jadi dik kerana teruja dengan aksi yg Cik hana buat, aku pun buat la ...alhamdulillah menjadi , sedap, kenyal tak lembik, dah ak ader putih2 ....bleh la nanti nak buat lagi...

AGAR-AGAR SANTAN

Assalamualaikum,
lama betul tak update apa2 aktiviti, sibuk la pula.

Ni agar-agar santan pandan yang dah la buat, dah jadi baja pun...baru ada kesempatan ank update...adoiiii...
Ni kalau musim oanas ni sejuk jer tekak..layannnnnnnn


Monday, May 9, 2011

KEMBALI DENGAN SERIBU PERASAAN

alhamdulillah...hari ni umo teman udah 31 thn

Syukur dengan segala kurnia yg diberikan oleh Yang Maha Esa. Hanya rasa syukur yg bersarang dalam diri. Semoga dilanjutkan usia dengan keberkatan , hanya Kerana Nya..

Tuesday, March 29, 2011

Pancake Kelapa @ Lempeng Kelapa

Salam siaran lagi ....alhamdulillah dapat lagi bersua disini ye...
Ini Pancake atau lempeng kelapa yang comel dan sedap cicah pula dengan kuah kari ikan . Ini buat minum petang..lama dah buat tapi lambat nak tanyang sini. Malas pula nak celoteh sini,....angin malas melanda..ok cuci2 mata dah la yer

Monday, March 28, 2011

Manggo Lassi

Ni la manggo lassi versi big family. Orang tayang dalam blog ni letak dalam gelas cantik comei, aku siap bubuh dalam jug lagi....kerana versi Big Family. Gara2 mangga yg banyak aku beli masa musim dia, ciplak resepi dari ILHAMDAPUR. nak tau, surf la sendiri ekkk...ada masa baru aku copy paste kat sini.

PISANG GORENG @ GORENG PISANG

Mana satu yang betul Pisang Goreng atau Goreng Pisang??
yang ni aku buat masa untuk minum petang, yer la sgt...sampai kul 6.00 ptg baru la aku boleh goreng,dengan kadar seberapa segere aku buat benda ni, guna Pisang Awak ja, lepas tu guna Tepung Goreng Pisang Rangup camput sikit tepung beras dan sedikit garam , sedap bila makan dan minum kopi O panas petang2 hari...Layan .........

Nasi Lemak Sambal Sardin

Assalamualaikum,
Salam sejahtera, apa khabar anda semua hari ini.
Menu hari ini, actually, untuk sarapan pagi..Nasi Lemak sambal sardin, sesekali tukar angin makan nasi lemak dengan sambal sardin, sebab ni.
Menu ni, ringkas ja, masaknya pun senang,ikut pula cara Kak Hanieliza, mmg sedap, harum satu rumah.

Wednesday, March 23, 2011

SANDWICH SIPLE BUAT SARAPAN HARI INI

 Selamat Pagi , Good Morning. Breakfastni buat sebenarnya minggu lepas tapi tak sempat nak upload dalam ni kerana line internet a.k.a brodband kawasan rumah aku hanya ada GPRS, tp selalu laju la juga, tapi sejak kejadian Tsunami , mmg lambat betui, rasanya Kura-kura lagi laju jalan tau......

Ini sandwich sardin yg suoer simple., almaklumlah banh=gun buat seawal pagi sebab nak bawa bekal pergi kerja, jemu plak dok beli nasi lemak 60 sen....nak makan kuih pun itu itu ajer hari2 , so decide buat sandwich ni......
nak tahu resepi sandwich.????????????
oooo boleh... senang ja
tgk kat bawah sana ya


Sandwich Sardin Super Simple

Bahan-Bahan diperlukan :-

Roti sandwich, apa2 brand ja
Sardin dalam tin tu...
mayonise
serbuk lada hitam
bawang besar - dicincang halus
cilia api- dipotong kecil2
garam
planta

Cara-caranya
Gaulkan sardin dari dalam tin bersama Mayonise, serbuk lada hitam, garam, cili apai an bawang besar.
Sapukan roti dengan planta , letakkan bancuhan sardin tadi , dan potong la segitiga...ah siap...masuk tupperware boleh bawa pi kerja...

p/s ini adalah kerja orang yg malas, tp rasanya tetap lazat....sebab aku suka makan sardin tin

Monday, March 21, 2011

Yg ni aku beli , x buat yer....JUJUR tau

Salam semuanya, kembali bersiaran......hahahahaha, sejak2 3 menjak ni, hujan ajer ari2, sampaikan ada yg kena pindah akibatbanjir. ALhamdulillah kali ni, air tak der la melepasi ke kawasanaaku ni, mmg aku punya tempat ni ada potensi untuk banjir.....
Eh...melalut la plak, ok nak tanyang kat sini , ni aku beli kat pasar petang a.k.a pasar malam org sini panggil, tapi hakikat tak sampai malam pun....cerita ja lebih....Kebab with Pita...(** ada cita2 nak buat sendiri tapi tak sampai seru lagi)




Yang ini pula Roti John, tapi nak bagi tau la, tak sedap ..rupa ja yg cantik...Cantik ka????

Janagan bebel banyak2 nanti melalut yg lebih...jumpa di entri seterusnya

Monday, March 14, 2011

AKU YG BUNTU

Begitulah kitaran kehidupan berpusing dipaksinya, bertemu semula ...kerana hari Isnin adalah ahri untuk bekerja lagi...kepenatan semalam belum lagi habis, cuti 2 hari macam tak bercuti la palak...adoiiii..letih benor.

hari minggu hari mengisi semulapeti ice dengan keperluan memasasak seminggu, kadang tu tak sampai seminggu pun cukup untuk 3 4 hari ja..kerana apabila sampai dai pasar ..tak tau nak beli apa sgt...
ikan, daging, ayam, udang, sotong
sebagai ibu tentu byk nak kena pikir ...nak beli , nak masak...pening...bukan semua anak suka amakan yg sama....
Lupa plak, aku gantung periuk 2 hari ni sebab keluar , tak der di rumah, kenduri ...n makan2 kat luar. pas tu ari ini aku pening nak masak apa...

aku jer ka atau orang pun sama ...asyik berfikir nak masaka pa...huhuhuhu...pening la.
Nak masak apa...nak masak apa.....???? tolong la

Thursday, February 24, 2011

My New Baby

Bukan Gambar kat bawah ni yg baby baru, hari ini Me N Hubby dah pergi dapatkan satu baby baru. Oleh kerana teruja dengan barang ni, setelah di "survey", dibeberapa lokasi, di pikir-pikir berkali-kali juga la pikir, akhirnya ..NIKON D5000 telah pun kami beli. Lepas ni nak kena belajar plak selok-belok meggunakannya, Lepas tu pula nak beli lagi accessories untuk menambahkan kehebatan menggunakan DSLR ini.Baru la Mantop. Alhamdulillah...salah satu dari wishlist aku dah pun dapat. Terima kasih Mr Hubby a.k.a En Syaiful Anuar. Lepas ni kita gi grab plak yag kita tgk ari tu...berbaloi2 la juga. ada lg 2 yang nak dicari...tp kena kumpul modal la lagi...

Ini hasil aku menggodek D5000 ...masih lagi diperingkat belajor2 shoot...
ppsssttttttt.....korang nak tau tak
ini antara Ikan peliharan aku yg ada dirumah....salah satu terapi bila letih balik kerja...tengok ikan ni berenang...aman jer....

Tuesday, February 22, 2011

Sambutan MaulidulRasul ( Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A W)

Alhamdulillah, Tahun ini aku berkesempatan menghadiri Sambutan Maulidulrasul tahun 1432H di kampung dan juga di sekolah tempat aku bekerja.
Banyak pelajaran yg aku perolehi, sangat bernilai, disamping dapat meningkatkan rasa Cinta dan Kasih kepada Baginda Rasul, Setiap kali mendengar kisah baginda hati berdetik, mata bergenangan mahu menitiskan airmata, betapa baginda bersusah payah mengharung berbagia rintangan demi Islam.
Malangnya, zaman ini dengan segala teknologi canggih, manusia semakin lupa kepada Islam, lihat sahaja disekitar kita, pelbagai masalah sosial berleluasa, jenayah pembunuhan disini sana, huru hara ditambah lagi dengan segala malapetaka sudah menimpa seluruh makhluk dimuka bumi ini.

Aku memperingatkan diriku dan juga menyeru sekalian Umat agar selalu lah kita Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

nanti sambung lagi, dah tak ada idea ..

Monday, February 21, 2011

Busy Giler

Giler.....ahhhhhhh mmg giler
sgt.....sgt....sgt....sgttttttttttttt la busy
nak update satu apa pun x bleh, ni singgah sekejap jer

Terbaru akan ada satu ruangan baru di blog ini
"APA KU TAHU KU SAMPAIKAN"
lebih kepada Pendekatan Islam / Kuliah ...Insyaallah...
Amin

Wednesday, February 2, 2011

Rumah berwajah baru

Bestnya dapat "renovate" rumah kan..............Walau dialam maya sahaja.
Kalaulah rumah tu boleh di renovate lagi alangkah bahagianya....Mode : Berangan lagi

Merah lagi, rasa tak bersemanagt masa aku tukor warna putih biru...bowink giler...tak der semangat langsung..

hahahaha......hakikatnya aku mmg suka Warna Merah....
So ..layan jer lah...mmg merah semerahnya...sukanya aku

Ada nak komen tak....rasa2 sesuai tak "background" aku letak ni...

2hb Februari 2011

Hari ni 2hb Februari 2011, perginya seorang lagi Pendidik di Sekolah tempat aku bertugas.
AL-FATIHAH..
buat Arwahyarhamah NOR HASIMAH BT SHARIP 28.01.1970 - 02.02.2011
Semoga Rohnya dicucuri rahmat
Amin.

Lama X Update

Salam buat teman-teman ku di alam maya ini dan juga silent reader yang ada berkunjung ke rumah ini tetapi tuan rumah hilang...........
Maaf lah kerana lama menyepi, kerana kekangan masa yang amat sangat dan terpaksa ku tinggalkan rumah ini tidak diselenggara.

Masuk bulan Februari 2011 barulah reda sedikit...tak banyak ..rasanya baru 5% sahaja selesai....it's mean banyak lagi la kerja2 yang perlu aku selesaikan.

Memang dah lama tak der cerita masak-masak disini, begitu juga tips, info dan aktiviti aku...terutama semasa cuti sekolah.
Berkesempatan juga aku bawa anak2 tetapi masa tak mengizinkan...tetapi di Facebook aku tetap update termasuklah gambar2 terkini...bukan terkena.

Masuk bulan kedua ditahun baru ...Februari 2011. Cepat betul masa berlalu pergi. Semakin hari semakain meningkat usia.
Syukur Alhamdulillah kerana Allah S.W.T mengurniakan kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki.
Ku berdoa agar dilanjutkan usia kerana diri masih kekurangan .......amalan-amalan, ibadah serta ku pohon dilanjutkan usia agar dapat ku mendidik anugerah dan Amanah yang telah dikurniakan kepada aku dan suami sebaik-baiknya dunia dan akhirat