Thursday, December 17, 2009

KEMANA PERGI ????

Salam semua rakan-rakan yang mengunjungi blog ini, tentu tertanyatanya, kemana pergi yer gerangan hamba????
Tak kemana sebenarnya cuma agak sibuk dengan aktiviti perniagaan, almaklumlah kan keje-keje ku bersangkutan dengan cuti sekolah...musim kenduri Kawin...
Lagi satu sebabnya, aku baru mendapat tawaran menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran, Lantikan surujhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi.........sape tak nak keje dengan GOVERMENT kan....
Aku pun dengan rasminya meletak jawatan di tpt keje yg byk memberi aku pengalaman , pengajaran ...bak kata member-member lain yg dah pun kuar dr situ, " Learning Centre".......Bukit Merah Laketown Resort.
Lama sebenarnya aku disini iaitu dari 22 Den 1997 - 1 Desember 2009...kira la sendiri bape tahun.
Sekarang ni aku ditempatkan di Sekolaj Menengah Agama Al-Hidayah Parit Abas, Kuala Kurau Perak., sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi. Alhamdulillah semua warga kerja disini baik-baik belaka.
Pada 2 Disember aku gi KL, stay kat umah adik, pas tu 3 December lapor diri kat Putrajaya, sehari suntuk, ptg blk kul 5, singgah jap Kat Sate Kajang hj Samuri, Mlm lps maghrib balik ke perak, sampai umah dlm kul 12.00. pepagi esoknya kena lapor diri kat SMA Al-Hidayah, bermula la aku dgn keja baru...hehehehe.
Dalam pada itu, minggu pertama December mmg sibuk aku ader byk tempahan kanopi dan meja pengantin..nanti lawat blog lg satu yer, http://madamlilly.blogspot.com/

Aok, nanti kiter celoteh lagi ekkk

Monday, October 19, 2009

CERITA TAK BERGAMBAR

Ni nak citer skit la, last week hari khamis aku dah rasa nak sedap badan, ader rasa seram sejuk jer badan ni, masa ni masih kat tpt keje, pas tu, aku blk umah, confirm la demam, hari panas terik aku sejuk menggigil.....penat wei, nak nafas pun rasa semacam, alihnya hari Jumaat aku MC.....huhuhu.

Bukan aper , dah lama tak update blog ni, bukan tak memasak, tapi tak nyempat ambil gambar, masak pun simple jer, sejak-sejak lepas puasa ni. Almaklumlah, perut terasa sempit lagi kot. Maybe lepas ni ader la blk mood nak update....ok sumer, kalau tak kat umah sini kat umah lagi satu yer. http://madamlilly.blogspot.com/


Selamat bekerja buat semua....para ibu, surirumah semua, selamat menjalankan tugas seharian.....daaa

Wednesday, October 14, 2009

Raya Gathering Ex-SMAP 1995

Pada hari raya pertama, satu perjumpaan dengan bekas pelajar-pelajar SMAP.Alhamdulillah....akhirnya dapat juga kami jumpa walaupun kehadirannya tak la ramai sgt. tempat perjumpaan adalah di rumah aku, jam 2.00 ptg pada Hari Raya Pertama. In i adalah batch Thn 1995....PMR , lepas tu semuamya dah berpecah, almaklumlahkan ader yg dpt pegi ker MRSM, Teknik, dah lebih 10 thn baru la dapat berjumpa semula. Nasib baik la ada Facebook, so, semuanya jumpa di facebook.. Bagus juga la internet ni. Yang dapat hadir adalah: FARIL (single lg), JUNAIDAH(single lg), AZIZAN (berpunya tp blom rasmi lg), JAMILAH sekeluarga, JAMIAH sekeluarga, MARZIANA sekeluarga, AMRAN sekeluaga, ROHANA sekeluarga. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat aku semua, Maaf lah jika ada kekurangan, Jangan serik yer nak datang umah saya lagi. Jika ada ruang & kelapangan akan kita usahakan lagi majlis-majlis lainnya.


Thursday, October 1, 2009

Trip to Kelantan 24-26 September 2009

Musim Raya kali ni ader kenduri, aku pun ikut la sama pi ngan family sebelah mertua ku ke Kelantan, Sepupu hubby kawin ngan orang Kelantan, kat Pengkalan Chepa. actually tak byl la pi jejalan coz, ramai yg pegi sumer sekali ader 8 biji kete. Lain kali nak gi sekali lagi, tak puas la jalan ramai2 tak bleh nak lama, ader yg anak meragam lah, macam2 la ...syukur anak-anak aku baik-baik belaka. layan jerlah gambar2 ni,







Tuesday, September 22, 2009

KUIH MUIH HASIL TANGAN KU...UNTUK AIDILFITRI

Untuk Aidilfitri kali ni, ini lah sahaja kuih muih yang dapat ku sediakan. Kesemuanya 7 jenis...dalam gambar ni ader 6 sj, sau lagi kuih siput, aku lupa nak snap gambar nya.


Kuih Makmur
Biskut almond London....wajib tiap2 tahun buat
Biskut Tart Nenas Gulung....wajib juga tiap2 tahun buat
Biskut Kacang....pun sama, tiap2 tahun buat juga
Biskut Shortbread...pertama kali buat....
Biskut 4 sekawan...aku hentam ajer resepinya, tapi sedap.
Kenapa 4 sekawan???
Bahan2nya yang menjadikannya sedap...
Badam kisar, Cornflake kisar, Nestum Kisar & Oat Kisar
Tahun depan kalau ada masa buat lagi banyak......azam niiii







20.09.2009 @ 1 Syawal 1430

Hari ni dah 3 hari umat Islam menyambut aidilfitri, cepatnya masa berlalu.... Meh tgk gambar2 di hari Raya pertama,


Hj Abdul Talib Hj Ismail & Hajah Salasiah Abdul Rahman
Ibu & Bapa Mertua ku....tentunya Idola aku...
Wonderful Couple


Aku dgn anak Dara ku



Control skit Jalan, Cari Opah ...nak duit Raya

"Ibu...Opah tak da....syaya cari kat aas tadi"

"tinggi nya, penat la Syaysa"

My hubby & Kids




On The Way.....Abah & Mak ...kejap lagi kami sampai


Mana Abha ni...dah lama Aidil tunggu ni




tunggu je lah... Abah gi Sembahyang Raya

Syasya



My Family

"Nak gi mana ni Ibu"



Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI

SALAM BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN & PENGUNJUNG BLOG NI,
DI KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN
SELAMA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.
POHON MAAF DIATAS KEKASARAN BAHASA ATAU APA JUGA KESALAHAN YG TANPA DISEDARI.
KEPADA YANG PULANG KE KAMPUNG HALAMAN, BERHATI-HATI LAH KETIKA MEMANDU, SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI.
KEPADA PENYUMBANG RESEPI-RESEPI MINTA DIHALALKAN.
SEMOGA KITA KETEMU LAGI SELEPAS CUTI RAYA NANTI.
~SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN~
ikhlas dari
Madam Lilly & Family
.
.
.
Lilly Haniza
Syaiful Anuar
Muhammad Harith Najmi
Muhammad Aidil Hanafi
Syasya Marsya Maisarah

Wednesday, September 16, 2009

Menu berbuka puasa 21 Ramadan ~ 23 Ramadan 1430

Dah Semakin hampir ke penghujung Ramadan, bermakna semua umat Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri yang tinggal beberapa hari lagi. Jika ke pasaraya , Bazar Aidilfitri, memang penuh dengan orang ramai membeli belah pakaian anak-anak dan juga sendiri. Kaum ibu pula sibuk membuat kuih-kuih raya, mengemas rumah, menjahit langsir, yg mana tempah tu selamat jugala, tapi reban la juga poket, sebab bukan murah semua barang sekarang ni....

Oleh kerana kesibukan yang melanda, maka juadah berbuka pun ala kadar saja, kuih-kuih beli jer la skit, lauk pun bua sejenis jer sehari.

Layan jer lah gambar-gambar di bawah ni....

Ayam bakar simple ....

Bihun sup ayam

Rendang Ayam Pedas
Murtabak & Roti John

Sambal sardin.....kesukaan ku

Rojak Utara
Cucur Kucai








Friday, September 11, 2009

XTVT Malam 20 Ramadan

Malam Semalam terlebih rajin skit, jadi buatla biskut tuk Raya nanti, memang biasa nya setiap tahun aku tak membeli biskut tunjuk-tunjuk tu, walaupun buruk ku buat juga sendiri,

Ni fist time la buat shortbread, tak der loyang sebenar, guna jer apa yg ada , potong pun manual, tak la comei pun, tapi tell you, Cornflake Shortbread ni sedap tau. Resipi ni dari Hana http://hanamemories.blogspot.com/
sajer melawat-lawat nampak Hana buat cornflake shortbread, mengancam sangat tu yg buat. Bahan-bahan memang dah tersedia kat rumah, menjadi juga la, walaupun potongan ku itu tak berapa canti....nanti bleh buat lagi, "practice make it perfect"....

Ni potong simpan dalam tupperware...


Ni nak tunjuk lah skit, tebal skit biskut ni, makan satu pun kenyang.

Biskut Makmur, yg simple tu, pun siap semalam...sementara tunggu shortbread siap bakar, buat la benda ni, taraaaa....dah siap 2 jenis dalam 1 mlm.....hahaha

Sebenarnya dah siap lagi biskut hari ahad lepas, iaitu Biskut Almond london & Biskut Buah( yg ni tak berapa menjadi la, kurang skit rasanya) Biskut Almond London pula tak letak chocolate lagi, dah siap nanti saya upload ok...

Menu Berbuka 20 Ramadan

Hari ni dah 20 hari kita semua menjalani ibadah puasa. Semakin cepat rasanya masa berlalu, 9 hari lagi kita akan meraikan Aidilfitri .....

Menu berbuka 20 Ramadan

BihunGoreng Simple


Sayur Goreng Campur (Brokoli + Kobis+ Carrot)


bubur lambuk ibu mertuaku,
Sambal belacan

Sambal Kerang...





Menu berbuka 19 Ramadan

Hari Ke 19 Berpuasa @ 9 September 2009 , aku MC, sakit gusi, sakit kepala yg teramat, tak mampu nak drive pi kerja.

Apabila sudah MC, maka terhasil lah benda2 ni yg sempat aku grab masa pi klinik pagi tu
Hasilnya, dibawah ni la:

Maggie Goreng....teringin sgt la plak rasanya nak makan Maggie Goreng ni


Ayam Goreng Rempah....resepi tgk Rancangan Chef Wan & Chef Sabri kat TV tuu, tak ingat la plak episod bape......hitam skit, terleka...


Kerabu Mempelam ....musim pelam kot kat sini, byk la pula ka market tu

Resepi Kerabu Pelam simple
Bahan-bahannya
Mempelam muda secukupnya - diracik halus
Kacang tanah digoreng & ditumbuk
Cili padi secukupnya - di potong kecil-kecil
Bawang besar - di mayang halus
Bunga Kantan - dirincik halus
Halia - dimayang halus
Limau nipis - diambil jusnya
Garam & Gula Secukupnya

Cara-caranya
Gaulkan cilipadi bersama bawang besar, halia, bunga kantan, gula, garam, kacang tanah , tambahkan perahan air limau nipis tadi, last sekali masukkan buah pelam tadi, sedia di hidang....mudah kan...


Kari Kepala Ikan...nyum..nyum