Oleh kerana Anak aku tak mau tido, maka aku pun update la skit lagi blog akuni, sementara tgh rajin ni kan.
Agak-agak lah korang kenai dak benda ni????
(Gambar yg atas sebelum di masak)
Yang ni namanya WADI KEPENG ...nama lain aku tak tau,spelling nya pun aku tak tau la betui dak...hehehehe
Anak2 aku suka,aku pun suka, Mr Hubby pun suka...
Sodap..
(Gambar ni yg telah dimasak)
Resepi Wadi Kepeng
Bahan-Bahan
400 gm Tepung Pulut
50 gm Tepung Gandum
5 Cawan Santan Pekat
Gula Melaka ( X ada stock, guna gula merah biasa)** ikut kemanisan yg disukai
Gula Putih ** ikut kemanisan yang disukai
sedikit sagu
Sedikit garam
air
Cara2nya
1. Mula2 sekali, tepung pulut dan tepung gandum digaul sekali, masukkan sedikit garam, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh,(lupa plak nak ambil gambar semasa doh)
2. Kemudian rehat kan sebentar doh tadi,
3. Ambil sedikit doh dan digentel menjadi bulat, kemudian tekan sedikit di tengah supaya agak leper, macam duit syiling tu. Buat sampai habis
4. Untuk Kuahnya, Masukkan santan, gula melaka, gula merah dan sedikit garam, masak sampai mendidih, kemudian masukkan tepung yang dibentuk tadi, kacau lagi sampai semua timbul, akhir sekali masukkan sagu , kacau lagi sampai sagu hilang warna putih.(Pastikan kuah sentiasa dikacau suaya tidak pecah minyak). Untuk memastikan tepung tadi benar2 masak , pastikan tepung tadi timbul dipermukaan, maka tepung tadi mmg benar2 sudah masak
Selamat Mencuba.............
No comments:
Post a Comment