Salam Pagi Isnin buat semua, pengunjung di blog ini.
Walau sesibuk mana pun aku ditempat kerja atau kerja2 luar sinun (tuk nambah pendapatan) aku tetap juga luangkan sedikit masa untuk memasak. Tak semestinya masakan tu yang susah2, asal ringkas, sedap, anak-anak suka sudah memadai.
Gambo2 dibawah ni, yang telah dimasak, dijamah last week.jom layan yer
AYAM MASAK MADU
RESEPI AYAM MASAK MADU
(ini buat untuk 8 ketul ayam sj)
Ayam - 8 ketulBawang putih-di iris nipis
bawang kecil -dihiris nipis
Halia - dihiris halus
Bawang besar - di blend (untuk memekatkan kuah)
2 sudu besar serbuk cili Babas
1 sudu besar rempah kari daging babas
3 sudu besar sos tomato Kimball
2 sudu besar Madu- letak lebih oun tak aper
1 sudu besar gula
Garam
Rempah 4 sekawan(bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
sedikit perasa yang dibenarkan
Minyak untuk menumis
sehelai daun pandan
Cara2nya
Ayam digaul dengan garam & kunyit , goreng separuh masak
Dalam kuali lain, panaskan miyak, masukkan halia, bawang putih, bawang merah bersama daun pandan , dan juga rempah 4 sekawan. Tumis hingga garing & wangi masukkan serbuk cili, serbuk kari serta bawang besar yang diblend. biar hingga pecah minyak, masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula, madu, sos tomato, kemudian masukkan sekali ayam yg separuh masak tadi. Masak hingg agak-agak kering dan pecah minyak..siap
Nota : ini cara aku masak la, ringkas sahaja, org lain tentu lain caranya....
BIHUN GORENG BUATMINUM PETANG
YG NI AKIBAT KEHABISAN IDEA NAK MAKAN APA...JADINYA MAGGI SLURPPPP KARI BERAPI
selamat menjamu selera...
No comments:
Post a Comment