Friday, March 26, 2010

BILA DAH TAK DER IDEA

Lama juga tak berceloteh, bercerita dek kerana kesibukan melayan anak-anak ke sekolah,sang puteri yang semakin nakal, lasak, berbagai idea nya, susah plak nak tido malam. Aktiviti memasak seperti biasa, oleh kerana bantuan ibu saudara ku yg tinggal bersama, beliau meringankan tugas ku sebagai seorang ibu di rumah. Tapi kesian juga dengan dia, nak kena menjaga, menguruskan nenek yang mmg tidak boleh menguruskan diri sendiri walaupun menyuapkan nasi kemulut sendiri. Kalau aku nak bantu pun sebelah petang, tapi tak bleh pulak, sebabnya nenek ni nak ke toilet la sebelah paginya. Jadi terpaksalah dia menguruskan seorang diri. Disamping tu, beliau lah yg menguruskan anak aku yg kecil. Aku plak, mencari rezeki la bersama suami, kalau tak sape nak bagi kami makan. Ahhhh..melalut la plak kan...

Dah hampir 4 bulan aku bekerja sebagai penjawat awam. Memang aku bersyukur sangat dapat pekerjaan ini, yang mana lebih menjamin masa depan aku.

Diam tak diam , sedar tak sedar, dah setahun aku menjalankan perniagaan sewaan kanopi dan meja makan beradap. alhamdulillah inilah jodoh rezeki kami. Suami yg juga kreatif, rajin, dan tak pernah kenal erti putus asa. Sokongan dan kerjasama dari suamiku amatlah bermakna  .

Monday, March 15, 2010

SEKITAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH ANAK - SKCL 2010

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LOBAK.
Anak ibu dapat no 1
anak ibu sedang berlari

Abah nak ambil hadiah 

Anak-anak ada la masuk acara termasuk la abahnya sekali