Monday, October 19, 2009

CERITA TAK BERGAMBAR

Ni nak citer skit la, last week hari khamis aku dah rasa nak sedap badan, ader rasa seram sejuk jer badan ni, masa ni masih kat tpt keje, pas tu, aku blk umah, confirm la demam, hari panas terik aku sejuk menggigil.....penat wei, nak nafas pun rasa semacam, alihnya hari Jumaat aku MC.....huhuhu.

Bukan aper , dah lama tak update blog ni, bukan tak memasak, tapi tak nyempat ambil gambar, masak pun simple jer, sejak-sejak lepas puasa ni. Almaklumlah, perut terasa sempit lagi kot. Maybe lepas ni ader la blk mood nak update....ok sumer, kalau tak kat umah sini kat umah lagi satu yer. http://madamlilly.blogspot.com/


Selamat bekerja buat semua....para ibu, surirumah semua, selamat menjalankan tugas seharian.....daaa

Wednesday, October 14, 2009

Raya Gathering Ex-SMAP 1995

Pada hari raya pertama, satu perjumpaan dengan bekas pelajar-pelajar SMAP.Alhamdulillah....akhirnya dapat juga kami jumpa walaupun kehadirannya tak la ramai sgt. tempat perjumpaan adalah di rumah aku, jam 2.00 ptg pada Hari Raya Pertama. In i adalah batch Thn 1995....PMR , lepas tu semuamya dah berpecah, almaklumlahkan ader yg dpt pegi ker MRSM, Teknik, dah lebih 10 thn baru la dapat berjumpa semula. Nasib baik la ada Facebook, so, semuanya jumpa di facebook.. Bagus juga la internet ni. Yang dapat hadir adalah: FARIL (single lg), JUNAIDAH(single lg), AZIZAN (berpunya tp blom rasmi lg), JAMILAH sekeluarga, JAMIAH sekeluarga, MARZIANA sekeluarga, AMRAN sekeluaga, ROHANA sekeluarga. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat aku semua, Maaf lah jika ada kekurangan, Jangan serik yer nak datang umah saya lagi. Jika ada ruang & kelapangan akan kita usahakan lagi majlis-majlis lainnya.


Thursday, October 1, 2009

Trip to Kelantan 24-26 September 2009

Musim Raya kali ni ader kenduri, aku pun ikut la sama pi ngan family sebelah mertua ku ke Kelantan, Sepupu hubby kawin ngan orang Kelantan, kat Pengkalan Chepa. actually tak byl la pi jejalan coz, ramai yg pegi sumer sekali ader 8 biji kete. Lain kali nak gi sekali lagi, tak puas la jalan ramai2 tak bleh nak lama, ader yg anak meragam lah, macam2 la ...syukur anak-anak aku baik-baik belaka. layan jerlah gambar2 ni,