Monday, July 26, 2010

OPERASI SEBELUM BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Hari ni dah 14 Syaaban, ini bermakna dah tak berapa hari lagi nak berpuasa wajib. Kalau nak diikutkan banyak benda lagi yg belum siap. Rumah yang berselerak lagi, Rumah yang belum di cat lagi. Langsir yang belum dibuat lagi - kain langsir pun blom pi beli lagi..

Penat la pula rasanya, bila memikirkan bila nak sempurnakan semua. antaranya

1. Cat Rumah
2. Susun atur barang semula
3. Sesi kemas dapur dan ice box- check balik barang yg masih ada , untuk prepare bahan2 buat kuih raya nanti
4. Kuih yang nak difrozenkan - blom beli bahan mentah lagi
5. Langsir rumah ( sempat ka nak buat ni)
6. bahan-bahan kering yg lain untuk stock bulan puasa- tak buat list lagi (ini plan supaya tak ayah kuar mlm2...niat hari nak pegi ker M****)

Bial boleh selesai yer?????

EDISI TERTUNGGAK - RENDANG DAGING SIMPLY LILLY

Ini lagi satu entry tertunggak....tak sempat, busy la katakan..busy sgt la tuu
Ini masakkan kesukaan aku...

RENDANG DAGING
ehhhh...apesal tak der ropa rendang, daun kunyitnya mana?
Dah nama pun simply...yg simple2 jer la dok tertenggek kat sini...
Daun kunyit tak namak sebab sikit sgt, stok kat rumah kehabisan la pula kan...meh tgk resepi yg sgt2 mudah sesapa pun boleh buat ...yg pasti tekak aku kata sedap

Resepi
RENDANG DAGING SIMPLY LILLY
(tak der rujukan mana2, belasah sj)
500gm - Daging  (direbus dahulu, kemudian potong nipis)
15 biji  -Cili Kering
2 sudu besar - rempah kari daging
3 sudu besar kerisik..lagi bayk lagi sedap
2 cawan santan pekat
3 batang serai*
sedikit kunyit hidup*
halia*
bawang kecil*
bawang besar*
bawang putih*
bahan bertanda *dikisar lumat
 kulit kayu manis
asam gelugur- sekeping
garam - secukup rasa
2 sudu besar gula

Cara-caranya

Tumis bahan yang dikisar hingga wangi
Masukkan cili kisar & rempah kari, masak hingga pecah minyak
Kemudian masukkan santan, asam gelugor, dikuti dengan daging, masak lagi hingga mendidih, dan sedikit kering, akhir sekali masukkan garam, gula secukup rasa. Taburkan daun kunyit dan gaul rata.
Sedia untuk dihidang...
p/s... tak nampak daun kunyit sebab ada skit jer

Edisi Hari Ini " Edisi yg Tertunggak"

Salam Pagi Isnin buat semua, pengunjung di blog ini.
Walau sesibuk mana pun aku ditempat kerja atau kerja2 luar sinun (tuk nambah pendapatan) aku tetap juga luangkan sedikit masa untuk memasak. Tak semestinya masakan tu yang susah2, asal ringkas, sedap, anak-anak suka sudah memadai.
Gambo2 dibawah ni, yang telah dimasak, dijamah last week.jom layan yer 

 AYAM MASAK MADU
RESEPI AYAM MASAK MADU
(ini buat untuk 8 ketul ayam sj)
Ayam - 8 ketul
Bawang putih-di iris nipis 
bawang kecil -dihiris nipis
Halia - dihiris halus
Bawang besar - di blend (untuk memekatkan kuah)
2 sudu besar serbuk cili Babas
1 sudu besar rempah kari daging babas
3 sudu besar sos tomato Kimball
2 sudu besar Madu- letak lebih oun tak aper
1 sudu besar gula
Garam
Rempah 4 sekawan(bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
sedikit perasa yang dibenarkan
Minyak untuk menumis
sehelai daun pandan

Cara2nya
Ayam digaul dengan garam & kunyit , goreng separuh masak
Dalam kuali lain, panaskan miyak, masukkan halia, bawang putih, bawang merah bersama daun pandan , dan juga rempah 4 sekawan. Tumis hingga garing & wangi masukkan serbuk cili, serbuk kari serta bawang besar yang diblend. biar hingga pecah minyak, masukkan sedikit air, kemudian masukkan gula, madu, sos tomato, kemudian masukkan sekali ayam yg separuh masak tadi. Masak hingg agak-agak kering dan pecah minyak..siap

Nota : ini cara aku masak la, ringkas sahaja, org lain tentu lain caranya....


BIHUN GORENG BUATMINUM PETANG

YG NI AKIBAT KEHABISAN IDEA NAK MAKAN APA...JADINYA MAGGI SLURPPPP KARI BERAPI


selamat menjamu selera...

Sunday, July 25, 2010

JALAN2 MAKAN2....EDISI 24.07.2010

Hari Sabtu 24.07.2010, Mr Hubby bg tau, ptg nak gi makan mee udang....oooo bestnya, ini lah hasil permintaan aku nak makan me udang, orang lain masak bukan aku masak...best best best
Tak pernah punpi kedai yg popular tu, bukan jauh pun, cuma masa tak mengizinkan, Maka petang hari Sabtu kami sekeluarga, pun pergilah kesana, dengan niat 2 dlm 1, makan mee udang and nak jejalan kat Taman Hutan Paya Laut Matang....rupanya tak jauh pun ngan tempat makan ngan taman tu, lagi la senang kan, sampai di restoran, mmg ramai sgt, siap dengan rombongan lagi, yg sedia dok makan kat situ, rombongan 3 biji bas, yang berkeretanya jagan tanya la, mmg ramai, jadi betul la cerita ceriti yg aku dgr, kedai Mak Jah ni mmg popular la..

Ni yang kami makan-makan la
Mee Udang
Nasi Goreng Udang
Udang Goreng Tepung Special
Minum- Teh ice ajer

Udang Goreng tepung yg sememangnya besar, sedap, mmg fresh udangnya, tak ralat bayar mahal pun.
Mee Udang, penuh udang
Nasi Goreng Udang, disebalik nasi tu sebenornya penuh ngan udang,


Syasya makan udang saja, yummy...yummy

slurppppp....uppps panas tu
Mengopek udang...Tak cukup la
Ni sesi jalan2 kat Hutan Paya Laut Matang
beridah ...ramai juga dok jogging kat sini
ada juga yg berkhemah, bermalam disini
Jauh nya nak jalan ni
Tgk tu ....pokok2 & akar bakau

Chalet pun ada, catik juga, tak mahal
Berehat sekejap , penat jalan , menghirup udara segar
Chalet yg ada disana
Akibat kepenatan, tido sampai ternga2...
Nota : Yang bestnya Tandas di Taman ini, terjaga rapi, Surau ada, bersih, mmg senang lah untuk kita singgah disini.


ini gambo2 sedang menikmati hidangan


aksi abah dengan udang2

Sunday, July 18, 2010

Menu makan Malam Beberapa hari yang Lepas

Lambat beno nak update, busy ...busy...busy.....
Ni menu ringkas untuk makan malam
Ikan Cencaru Sumbat
Kacang Buncis Goreng dengan Telur
Smabal pelam
..perghhhhh...tang sambal pelam tu..mmg terangkat lah
Jemut makan ya semua..

PENGAT DURIAN

Hari Selasa lepas @ 13.07.2010 ,aku pegi pasar malam dan dapatla buah durian kampung ni, Oleh kerana tak banyak yg aku beli maka jadilah pengat durian, makan dicicah bersama roti . Nak makan ngan pulut , stok pulut lak abis, ...layan jer la ngan roti.

Resepi Pengat Durian

Bahan-bahan
Isis Durian
Gula Putih
Gula melaka ( * stok abis, guna brown sugar ja)
Santan - secukupnya
sedikit garam
Daun pandan - disimpul

Cara2nya
Masukkan semua bahan kedalam periuk, kacau perlahan2 supaya tidak pecah minyak. Biar mendidih...siap...ni cara aku buat lah, kalau orang lain tak tau la pula kan..

KUDAPAN ANAK-ANAK

Adoiii!!!!!!!!!!!!!!...jenuh gak nak menggulung ni. Kulit Popia yg digulung dan di gaul dengan kacang tanah serbuk dan gula serbuk( gula icing). Sedap, cuba lah buat sendiri. Nak letak susu tepung pun boleh, camur milo pun boleh , ikut suka ati lah kiranya ....

Saturday, July 17, 2010

ROTI KISMIS BERYOGURT

Oleh kerana tergoda dengan Roti hasil tangan Cik Mat , aku meroti juga, terima kaish atas resepi ini, sedap, lembut, gebu, tak sia-sia mencubanya.     .
Bawah ni gambar doh yg sudah diuli

Yg ini, doh yg sudah dibentuk
Yg ni pula sudah di masak, rupanya tak la elok sangat mcm Cik Mat buat, tapi boleh la


Nak resepi ???
Jenguk sini yer Cik Mat Gebu - Resepi

Wednesday, July 14, 2010

Hand Bag ohhhhhh Hand Bag

Al kisahnya hari Isnin lepas , aku tersinggah kat satu pasaraya ni, masuk jer kawasan pasaraya terus cari parking, nak dijadikan cerita, perking mmg ada kosong betui2 pintu masuk siap ada bumbung lagi...ooooo bestnya, aku pun terus lipat cepat parking...hehehehe, pro la konon kan....
Turun jer kereta, sku posing belakang dari luar lagi aku dah nampak, hand bag yg berbagai2 size, warna, design....mak aiiii, memang jatuh cinta gila...aku pening nak pitam,,,,oooppppssss acah jer.
Aku pun masuk la ke pasaraya, mmg bila masuk dalam, rupanya kat dlm lagi byk, geramnya aku..tp ku tahan juga nafsu nak blei hand bag ni, sebab duit tak cukup ...hehehehe, ko tunggu aku dpt gaji, nanti aku gi rembat aaaa
Pada hari yg sama, aku pi la kat kedai tpt aku slalu beli b2 pastry ni, aku pi merembat barang2 buat roti akibat, keterujaan tgk Cik Mat buat roti yg terserlah. Citer buat roti nanti ku uploadkan, Tunggu entry seterusnya yer

Sunday, July 11, 2010

Hari Ni Ahad...Masak...Makan...Masak...Makan

Hari Ni Hari Ahad, My cousin ada dirumah, petang plak mak sedara aku pula ada balik rumah, so masak2 la untuk makan.
Meh Tgk apa aku buat

SAMBAL MACANG
Buah macang ni aku jumpa masa pi pasar basah kat Bagan Serai pagi tadi.
SAMBAL MACANG
1 Biji Buah Macang dicincang
15 biji Cili Api
2 biji Cili Merah
Sedikit Belacan
Garam- secukup rasa
Gula - secukup rasa
Cara2nya:-
Tumbuk Cili api, belacan garam, gula hingga lumat, dan akhir sekali masukkan buah macang yang di cincang, tumbuk sedikit...sedia di hidag,
ringkas jer..selamat mencuba


Lepas tu aku masak Gulai Dagang Ikan Tongkol, Resepi ambil dar Majalah Rasa...
Gulai Dagang Ikan Tongkol

Laksa



Ini pula untuk minum petang bersama dengan Laksa tadi

Sardin Roll

Nasi Impit Kuah Kacang

Selamat Petang Semua.....
Nasi Impit kuah kacang untuk minum petang hari Sabtu yg lepas...entry lambat, sibuk ....ceewahhh
Ini akibat tergoda dengan Kuah Kacang K.Yatie , tapi K.Yatie buat letak daging...tentula super sedap. Aku buat yang biasa saja...sedap, Bakikuah masih ada, simpan peti ais, nanti bleh plak buat cucur udang cicah kuah kacang ....LAYANNN.......
Kuah Kacang besama Nasi Impit dan sedikit timun

Nasi Ayam Simply Lilly.....

Title kat atas ni ...NASI AYAM SIMPLY LILLY...tapi naper lak kuar gambo Nasi Lemak Teh O....ish ish ish......
Ni lah citernya tengah2 nak breakfast, on jer TV , Terus pi Ke TV9, pagi2 kan ada Rancangan Nasi Lemak Kopi O, cam bestja,tapi aku plak breakfast Nasi Lemak ngan Teh O...kira boleh la, Nasi lemak pagi tu aku beli jer.....ooopppppsssss....Citer ni sebenarnya Breakfast hari Sabtu, baru nak upload ....lambat bersiaran plak....ok ...alhamdulillah dah kenyang..Lepas tu kita sambung project masak untuk tengahari...Nasi Ayam..as per my request by my kids



NASI AYAM SIMPLY LILLY

 Mari...mari....mari...Nasi Ayam yang sodap...seperti kata anak aku la....(terperasan sejenak pabila di puji oleh si anak)...heheheheh

Jemput makan semua ya,
Oleh kerana banyaka aku masak nasi ayam ni, maka sampai malam la makan nasi ayam jer

Bubur Tepung Pulut a.k.a Wadi Kepeng ....ape2 jer lah

Oleh kerana Anak aku tak mau tido, maka aku pun update la skit lagi blog akuni, sementara tgh rajin ni kan. 
Agak-agak lah korang kenai dak benda ni????

(Gambar yg atas sebelum di masak)
Yang ni namanya WADI KEPENG ...nama lain aku tak tau,spelling nya pun aku tak tau la betui dak...hehehehe 
Anak2 aku suka,aku pun suka, Mr Hubby pun suka...
Sodap..


(Gambar ni yg telah dimasak)
Resepi Wadi Kepeng

Bahan-Bahan
 400 gm Tepung Pulut
50 gm Tepung Gandum
5 Cawan Santan Pekat
Gula Melaka ( X ada stock, guna gula merah biasa)** ikut kemanisan yg disukai
Gula Putih ** ikut kemanisan yang disukai
sedikit sagu
Sedikit garam
air

Cara2nya
1. Mula2 sekali, tepung pulut dan tepung gandum digaul sekali, masukkan sedikit garam, kemudian  masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh,(lupa plak nak ambil gambar semasa doh)
2. Kemudian rehat kan sebentar doh tadi,
3. Ambil sedikit doh dan digentel menjadi bulat, kemudian tekan sedikit di tengah supaya agak leper, macam duit syiling tu. Buat sampai habis
4. Untuk Kuahnya, Masukkan santan, gula melaka, gula merah dan sedikit garam, masak sampai mendidih, kemudian masukkan tepung yang dibentuk tadi, kacau lagi sampai semua timbul, akhir sekali masukkan sagu , kacau lagi sampai sagu hilang warna putih.(Pastikan kuah sentiasa dikacau suaya tidak pecah minyak). Untuk memastikan tepung tadi benar2 masak , pastikan tepung tadi timbul dipermukaan, maka tepung tadi mmg benar2 sudah masak

Selamat Mencuba.............

Menu Hari Jumaat- Ayam Masak Kurma

Memandangkan aku & anak2 mmg suka makan ayam, maka menu hari ini adalah Ayam juga. Jadilah Ayam Masak Kurma...tapi hari ni Mak Long aku a.k.a Wa (panggilan anak2) a.k.a yg mengasuh anak aku...
Memang Mak Long Masak sedap...hehehehe. specially Sambal tumis, aku suka sangat. Nak diceritaka resepinya...nanti korang tak bleh nak cari plak rempah ni, aku beli rempah basah (rempah giling) ni dari Pasar basah dekat tpt aku ni, memang senang sgt nak buat kurma, dia dah adun siap rempah giling ni, kat tpt aku jer ada benda ni, sebab masa aku pi umah adik aku,nak masak Kurma Kambing, Mak aku suruh bawa rempah dari kampung...emmmm...mmg sedap lah,

Kurma ready untukdi ngap....p/s aku tak pandai ambilgambo, semacam jer kan...

Tapi, aku letak juga lah resepi skit kat sini yer..

KURMA AYAM BERKENTANG
1/2 ekor ayam di potong 8
4 sudu besar Rempah kurma basah(rempah giling)
1 sudu besar Rempah kurma Adabi.(Ni supaya ada rasa pedas skit)
** kalau tak der rempah kurma adabi, campur skit lada sulah 
2 biji kentang dipotong 4
2 bii bawang besar - dibelah 4
4 biji Cili Merah 
1 cawan santan

Bahan tumis
2 ulas bawang merah- di cincang
2 ulas bawang putih- dicincang
1 inci halis di - potong nipis
2 batang serai- diketuk
kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Daun kari
sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya
1. Tumiskan bahan2 tumisan tadi hingga naik bau
2. Masukkan Rempah giling tadi bersama rempah adabi, biar hinggga pecah minyak
3. Kemudian masukkan ayam dan ubi ( biarsampai empuk) - air ayam akan keluar dan biar sampai ayam & ubi masak/empuk.
4. Kemudian masukkan santan, biar mendidih sebentar, kemudian masukkan Bawang Besar yang dibelah tadi, diikuti dengan cili merah.
5. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit perisa....siap untuk di hidang.




SiaKaP OH SiAkAP


Yang ni sebenarnya masak pada hari Khamis , untuk maka malam. Ehhhhh...aper makan malam jer???
Sebab siang x der sapa kat umah, anak2 sekolah, mr hubby kerojer, termasukla akukan. Kat Rumah?????
OOO....yg dekat rumah tak makan tgh hari, so nak masak sebelah petang jer la untuk malam sj.
Ni aku masak 2 ekor ikan siakap...1 masak Sweet & sour , 1 lagi aku masak asam jer....Resepi, aku belasah jer, malulah nak post kat sini, sebab masak main baling jer. Sayurnya pula aku buatkan sayur Kacang Bendi Goreng jer...
Lepas Marghrib....Makan Time...enjoy....

Saturday, July 10, 2010

CeRiTa SeEkOr BuRuNg - BuRuNg TeKuKuR

Burung Tekukur.....betul ker nama nya, Ni anak burung yg Mr Hubby Jumpa dan bawa balik rumah. Al kisahnya ,Mr Hubby dok Round2 Tgk Para Pekerja di kebun, On The Way balik he nampak burung ni atas jalan raya, tak bleh terbang. He ambil and letak dalam raga motor, burung ni buat don't know jer, tak mau terbang juga, rupa2nya burung ni masih baby lagi, maybe cuba kuar dari sarang tetapi tak bleh nak terbang sendiri. Maka engan rasminya duduk la dalam sangkar ni, sekarang Mr hubby and anak2 la dok jaga dia, bukan susah pun, kasi makan, kasi air minum, dah semakin besar burung ni,tapi tak bersuara lagi....bila la sang burung nak berbunyi, ...nanti bila dah bleh bunyi aku bagi tau ekkk.... Ni Mr hubby gantungkan sarang dia depan rumah..bila balik keje ja, aku pu jenguk la dia kejap....hehehehe

Sedang merenung masa depan....************


Nak bagi nama apa burung ni ????

Sunday, July 4, 2010

AkU GeRaM PaGi Ni..

Pagi ahad yang indah, pepagi lagi tak la pagi sgt,dlm kul 8.00 pagi aku pergi la ke Pasar basah kat Bagan Serai, niatnya nak buat koey teow gorengla pagi i,dengan bangga nya aku belia la bahan2nya. Bukan gi pasar semata2 nak beli barang buat koey teow tetapi aku dah borong untuk seminggu la, a.k.a kepala ikan seludu, sotong kembang, ikan tongkol, ikan siakap, sayur2an....penuh la ice box aku...
Tak lupa Nasi Lemak buat anak teruna aku, untuk aku tak payahla nak breakfast nasi lemak, tuuuu nak buat koey teow goreng....nyum nyum

Cerita bila sampai rumah,
Sampai jer rumah aku prepare la nak menggoreng ni, ...jeng jeng jeng....
Korang nak tau kenapa?????
Koey teow yg aku beli tu, koey teow lama, tak cun dah, hancus la, aduhhhhh....tapi ku goreng juga, maybe rasa dia ok lagi, tp ..hampa belaka, koey teow tu berketul2, rasanya..Ya Allah, macam buat tepung masak cabai, bayangkan.....ngeeeeee..GERAM Tul la

Ok, now i nak pi masak tgh hari Pulak, sat gi kita sambung yer

Saturday, July 3, 2010

Aktiviti Petang Sabtu 3 Julai 2010

Petang hari Sabtu, bawa WA & Anak2 pegi beli belah a.k.a pi beli baju raya......
APESAL AWAL SANGAT???????
mesti tekejutkan, kenapalah awal sangat pi beli baju raya...
hehehe...ini gara2 tak der org terima dah tempahan baju raya, so kena la awal, then sajer jer gi jejala kat Gene MArtino, ader lak stock baru masuk untuk Raya tahun ni, aper lagi, belasah jer la, So Lepas ni aku tak payah pikiaq lagi dah pasai baju raya anak2 aku....oooppps lupa lak, baju raya anak2 a.k.a baju si abang berdua- baju melayu & Baju kurung si puteris Syasya, telah pun siap sedia, tp ader lagi nak dibelikan, yg tu tunggu ujung2 puasa nanti, baru plak rasa kemeriahan nak beraya tuuuu..eh eh eh beriya benor aku citer bab raya ,puasa pun blom lagi...hehehehehe....

ini pula pic terbaru puteris kesayangan ...masa ni singgah makan2 kat Tesco, bagi dia masuk main2 kejap, tapi tak main sgt pun, takut nak naik papn gelungsur tu...ingatkan berani sgt, main skit2 jer.. Si abang pula asyik nak main games, tp tak pandai pun, perabih duit aku jer....tak suka arrr mian games tuuuu..then ajak balik jer, muncung la muka masing2...


HaRi InI HaRi SaBtU Lagi

Sejak aku keje ngan GOV ni,aku rasa hari-hari yg aku lalui lebih bermakna. Mana Tidaknya dulu aku hanya ada masa pada hari Ahad Sahaja, Hari Ahbead ni la nak buat semuanya, membasuh, mencuci rumah, mana nak layan anak2 lagi. Tapi skarang aku lebih selesa, tak der la asyik stress cam dolu2 tu.

Kiranya hari ini aku bleh la masak special skit kat family aku.
Ok. hari ni breakfast beli ajer. nasi lemak and kuih apom balik. Oleh kerana ader pasar pagi dekatdgn umah, ku belasah la skit barang2 nak masak ari ni. inilah yg aku kerjakan hari ini

Jus Kiwi - Fresh lagi


Nasi Tomato berlauk Kari Daging , Ayam Goreng & Kerabu Timun simple

Resepi Nasi Tomato
 ( Dari Kak Hanieliza) Senangnya memasak Nasi

Bahan A
- 5 cawan beras (basmathi) dicuci dan ditoskan
- 1/2 cawan susu cair
- 4 biji tomato (dicincang)
- 1/2 cawan sos tomato
- 3 sudu makan minyaksapi
- garam secukup rasa
- 6 cawan air
- daun pandan (disimpul)
- 2 batang serai

Bahan B (untuk menumis)
- 3 ulas bawang putih(dihiris)
- 5 biji bawang merah ( dihiris)
- 1 inci Halia(dihiris)
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang

Cara membuatnya :-
1 - Panaskan minyak sapi di dalam kuali ataupu periuk dan tumiskan bahan tumis ,serai dan daun pandan hingga wangi
2 - Masukkan tomato, garam, dan gaul rata.Tambahkan susu cair , air dan biarkan mendidih.
3 - Masukkan bahan tumis kedalam beras di dalam periuk nasi.Biarkan masak.
4 - Apabila nasi sudah kering,kacau rata tetapi jangan sampai hancur
~ Sedia di hidang~

Untuk lauknya aku masak kari daging Kentang dan juga Kerabu timun ...asalnya nak buat jelatah tapi nenasnya tak ada, jadila kerabu sahaja

Kari Daging Berkentang simple

Bahan-bahan
Daging Lembu 400gm
Kentang 3 biji
2 sudu makan kerisik
4 sudu makan Rempah Kari Daging Babas
3 cawan santan
sedikit air untuk membancuh rempah
sedikit garam
sekeping asam gelugor
Bawang putih- dihiris
bawang merah - dihiris
Halia - dihiris
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Daun Kari

Cara-caranya : -

1 - Gaulkan rempah kari bersama air , masukkan kedalam bekas daging tadi
2 - Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, daun kari dengan sedikit minyak yang telah digaulkan hingga naik bau
3 -  Kemudian masukkan daging yang telah di bancuh dengan rempah tadi, masak hingga daging empuk, masukkan pula kentang biar empuk.
4 - Akhir sekali masukkan santan, asam gelugor, garam , kerisik biar mendidih.

Kari ini biasa ajer,simple cuba lah.

Taraaaa....Sedia di hidang

  



Friday, July 2, 2010

MaLaM Yg SeJuK & NyAmAn

Malam ni aku mengadap laptop ni, menjelajah ke rumah-rumah Blog Kawan2 Siber, sementara Mr Hubby Melayan Bola Brazil VS Holland . ehhh betul ker aku type ni haaaa...belasah la, apa pun rasanya Brazil Tertungging la hari ni. Nasib baik la Broadband aku tak buat hal mlm ni, kekadang cam siput juga. My Little Princes tido awal....wahhhh, dah 2 mlm dia tido awal, kalau tak mau nya aku layan dia sampai kul 1.00 pagi atau pun 2.00 pagi. Dugaan oooo,mana taknya , esok nak bangun awal plak....ish ish ish, kesian aku..

Kenapa aku sebut "MaLaM Yg SeJuK & NyAmAn"....
Kerana hari ni hujan la skit, lepas tu aku ader la dok ubah suai rumah skit, (bukan aku buat tapi upah org buatla kan) maka , di depan rumah masih la terpelohong , si Tauke Cina buat tingkap tak mai pasang la pulak hari ni, dah 2 mlm aku tido luar, takut lak , aper2jadikan....Jadi angin malam meniup masuk kedalam rumah...ooooooohhhh sejuknya la badan. Bab ubah suai nanti la aku citer kenapa ekkkk????

Malam ni melayan bloging dengan aman (anak2 sumer tido, kalau tak sama naik la nak tekan2 keyboard ni), sambil tgk citer kat TV2,....layannnnn