Friday, August 12, 2011

Lama mendiamkan diri

Assalamualaikum..............

Lama betul me mendiamkan diri..
sibuk dengan persiapan diri
tetapi di facebook masih aktif seperti biasa

Sebenarnya Me sibuk dengan segala persiapan diri untuk mengerjakan umrah pada Awal Ramadan
Alhamdulillah semuanya selesai,
Syukur Kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan me and hubby menjadi tetamu allah pada tahun ini. Tiada gambaran yg indah dapat diterjemahkan disini, tiada kata-kata terhebat dapat diluahkan disini, untuk diceritakan pengalaman dan saat yg terindah dalam hidup ini ketika berada di Tanah suci Mekah.
Hanya allah S.W.T yang tahu
Me and hubby serta kedua ibubapa mertua dan , Datukl saudara juga ipar, sepupu ( kami sekumpulan 8 orang) bertolak pada 31 Julai 2011 dan pulang pke tanahair pada 11 Ogos 2011.
Ini bermakna kami menunaikan Umrah pada Awal Ramadan , peluang untuk merasai dan menikmati Ramadan Di Mekah bukan sesuatu yang mudah, dan tidak ramai mendapat peluang ini. syukur Alhamdulillah me and hubby dapat menunaikan nya buat pertama kali di bulan Ramadan.

Memang tiada kata-kata dapt diluahkan selepas berada disana, maka tanamkan keazaman dalam diri, dan berusahalah untuk ke Tanah Suci lagi kerana disana pasti temui ketenangan. Insyaallah...

Sekembalinya me ketanahair, belumpun sempat ku sampai kerumah , adik aku memaklumkan bahawa Opah a.k.a Mak yang menjaga aku sedari kecil telah kembali ke Rahmatullah. Sepanjang me di tanah suci, me talah dimaklumkan keadaan kesihatan Mak yang semakin kurang memuaskan . Me tetap berdoa agar segalanya dipermudahkan, tidak lagi diberi azab di dunia, ..............Ketika dikhabarkan me rasakan berkat doa me dikabulkan Allah S.W.T . 11. Ogos 2011 , kembalinya Arwah opah a.k.a Mak ; Che Gayah Ke Rahmatullah. Semoga Mak ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Kini yang tinggal hanya kenangan, yang kekal diingatan.........Aku Redha..


Tak pandailah nak berbebel lagi......cukuplah sebagai info kenapa blog ini tidak berupdate.

No comments: