Alhamdulillah, Tahun ini aku berkesempatan menghadiri Sambutan Maulidulrasul tahun 1432H di kampung dan juga di sekolah tempat aku bekerja.
Banyak pelajaran yg aku perolehi, sangat bernilai, disamping dapat meningkatkan rasa Cinta dan Kasih kepada Baginda Rasul, Setiap kali mendengar kisah baginda hati berdetik, mata bergenangan mahu menitiskan airmata, betapa baginda bersusah payah mengharung berbagia rintangan demi Islam.
Malangnya, zaman ini dengan segala teknologi canggih, manusia semakin lupa kepada Islam, lihat sahaja disekitar kita, pelbagai masalah sosial berleluasa, jenayah pembunuhan disini sana, huru hara ditambah lagi dengan segala malapetaka sudah menimpa seluruh makhluk dimuka bumi ini.
Aku memperingatkan diriku dan juga menyeru sekalian Umat agar selalu lah kita Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
nanti sambung lagi, dah tak ada idea ..
No comments:
Post a Comment