Thursday, August 12, 2010

1 Ramadan 1431 ( 11 Ogos 2010)

Salam buat semua, rasanya entry di bulan ramadan kan jadi backdated, almaklumlah selepas berbuka, ader ajer benda nak buatkan, di tambah pula dengan keletihan, kepenatan nak mengemas, melayan karenah anak yg semakin membesar. Alhamdulillah anak-anak teruna yang berusia 9 tahun dan 7 tahun mampu berpuasa . Walaupun pada 2 jam terakhir asyik menyugut bila nak boleh makan ni. Alhamdulillah selesai juga.

Entry kali ni tak der gambo, tak ambilpun, masak pun simple jer, Menu berbuka tentulah nasi , lauknya kari ikan tongkol, sayur goreng siew pak choy, sambal belacan * yg ni wajib la, bubur pulut hitam, bubur lambok ( yg ni mesti ada, special dari ibu mertuaku, tapau jer)- bubur lambuk kegemaran kami sekeluarga apatah lagi hasil tangan ibu, lepas tu kuih aku beli ja skit, maka tiada pembaziran untuk smlm, misi tercapai...alhamdulillah.

Bersahur pula, bangun seawal jam 4 pagi, masak ayam goreng sos tiram, goreng udang kunyit sahaja, Kari ikan tongkol masih berbaki, makan pada sahur habislah semuanya. alhamdulillah.

Ini sahaja cerita pada 1 Ramadan kali ini.

SELAMAT BERPUASA SEMUA, TINGKATKAN KEIMANAN

1 comment:

Anonymous said...

Good fill someone in on and this enter helped me alot in my college assignement. Thank you seeking your information.