Thursday, February 24, 2011

My New Baby

Bukan Gambar kat bawah ni yg baby baru, hari ini Me N Hubby dah pergi dapatkan satu baby baru. Oleh kerana teruja dengan barang ni, setelah di "survey", dibeberapa lokasi, di pikir-pikir berkali-kali juga la pikir, akhirnya ..NIKON D5000 telah pun kami beli. Lepas ni nak kena belajar plak selok-belok meggunakannya, Lepas tu pula nak beli lagi accessories untuk menambahkan kehebatan menggunakan DSLR ini.Baru la Mantop. Alhamdulillah...salah satu dari wishlist aku dah pun dapat. Terima kasih Mr Hubby a.k.a En Syaiful Anuar. Lepas ni kita gi grab plak yag kita tgk ari tu...berbaloi2 la juga. ada lg 2 yang nak dicari...tp kena kumpul modal la lagi...

Ini hasil aku menggodek D5000 ...masih lagi diperingkat belajor2 shoot...
ppsssttttttt.....korang nak tau tak
ini antara Ikan peliharan aku yg ada dirumah....salah satu terapi bila letih balik kerja...tengok ikan ni berenang...aman jer....

Tuesday, February 22, 2011

Sambutan MaulidulRasul ( Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A W)

Alhamdulillah, Tahun ini aku berkesempatan menghadiri Sambutan Maulidulrasul tahun 1432H di kampung dan juga di sekolah tempat aku bekerja.
Banyak pelajaran yg aku perolehi, sangat bernilai, disamping dapat meningkatkan rasa Cinta dan Kasih kepada Baginda Rasul, Setiap kali mendengar kisah baginda hati berdetik, mata bergenangan mahu menitiskan airmata, betapa baginda bersusah payah mengharung berbagia rintangan demi Islam.
Malangnya, zaman ini dengan segala teknologi canggih, manusia semakin lupa kepada Islam, lihat sahaja disekitar kita, pelbagai masalah sosial berleluasa, jenayah pembunuhan disini sana, huru hara ditambah lagi dengan segala malapetaka sudah menimpa seluruh makhluk dimuka bumi ini.

Aku memperingatkan diriku dan juga menyeru sekalian Umat agar selalu lah kita Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

nanti sambung lagi, dah tak ada idea ..

Monday, February 21, 2011

Busy Giler

Giler.....ahhhhhhh mmg giler
sgt.....sgt....sgt....sgttttttttttttt la busy
nak update satu apa pun x bleh, ni singgah sekejap jer

Terbaru akan ada satu ruangan baru di blog ini
"APA KU TAHU KU SAMPAIKAN"
lebih kepada Pendekatan Islam / Kuliah ...Insyaallah...
Amin

Wednesday, February 2, 2011

Rumah berwajah baru

Bestnya dapat "renovate" rumah kan..............Walau dialam maya sahaja.
Kalaulah rumah tu boleh di renovate lagi alangkah bahagianya....Mode : Berangan lagi

Merah lagi, rasa tak bersemanagt masa aku tukor warna putih biru...bowink giler...tak der semangat langsung..

hahahaha......hakikatnya aku mmg suka Warna Merah....
So ..layan jer lah...mmg merah semerahnya...sukanya aku

Ada nak komen tak....rasa2 sesuai tak "background" aku letak ni...

2hb Februari 2011

Hari ni 2hb Februari 2011, perginya seorang lagi Pendidik di Sekolah tempat aku bertugas.
AL-FATIHAH..
buat Arwahyarhamah NOR HASIMAH BT SHARIP 28.01.1970 - 02.02.2011
Semoga Rohnya dicucuri rahmat
Amin.

Lama X Update

Salam buat teman-teman ku di alam maya ini dan juga silent reader yang ada berkunjung ke rumah ini tetapi tuan rumah hilang...........
Maaf lah kerana lama menyepi, kerana kekangan masa yang amat sangat dan terpaksa ku tinggalkan rumah ini tidak diselenggara.

Masuk bulan Februari 2011 barulah reda sedikit...tak banyak ..rasanya baru 5% sahaja selesai....it's mean banyak lagi la kerja2 yang perlu aku selesaikan.

Memang dah lama tak der cerita masak-masak disini, begitu juga tips, info dan aktiviti aku...terutama semasa cuti sekolah.
Berkesempatan juga aku bawa anak2 tetapi masa tak mengizinkan...tetapi di Facebook aku tetap update termasuklah gambar2 terkini...bukan terkena.

Masuk bulan kedua ditahun baru ...Februari 2011. Cepat betul masa berlalu pergi. Semakin hari semakain meningkat usia.
Syukur Alhamdulillah kerana Allah S.W.T mengurniakan kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki.
Ku berdoa agar dilanjutkan usia kerana diri masih kekurangan .......amalan-amalan, ibadah serta ku pohon dilanjutkan usia agar dapat ku mendidik anugerah dan Amanah yang telah dikurniakan kepada aku dan suami sebaik-baiknya dunia dan akhirat