Aku suka makan juga ikan tapi lagi suka maka dasing ayam, cam ner tu, walaupun tahu ikan ni banyak khasiat tapi, ayam juga jadi pilihan, lagi satu, kekadang susah nak dpt ikan fesh tu la faktor utama.
apa-apa pun meh sini aku kongsikan sikit info yang aku baca ni, Khasiat ikan kepada kesihatan:
Ikan untuk kesihatan;
PROTEIN
Ikan mengandungi protein tinggi yang terdiri daripada asid amino penting yang tidak akan rosak walaupun ketika dimasak. Kandungan protein pada ikan pelbaga, bergantung kepada kandungan lemak dan airnya. namun secara umum, ikan mengandungi 13-20 peratusprotein. Protein ini dapat membantu pertumbuhan sel otak, sehingga ikan serig disebut makanan penunjang kecerdasan.
Disebabkan serat proteinnya sedikit, ia lebih mudah dicerna oleh tubuh,biarpun pada seornag bayi sekalipun. Kandungan kologen pada ikan juga jauh lebih rendah dari haiwan ternakan lain, iaitu hanya 3-5 peratus dari total protein. Jadi jika dibandingkan daging lembu, daging ikan terasa lebih empuk dan lebih mudah hancur ketika dikunyah.
LEMAK
Bagi yang bimbang berat badan bertambah , anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memakan ikan. ini kerana kandungan lemak pada ikan hanya antara 1-20 peratus shj. Sebahagian besar daripada daripada kandungan lemaknya itu pula merupakan lemak tak jenuh yang amat berguna untuk tubuh anda. Diantaranya, ia berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
VITAMIN
Ada dua kelompok vitamin yang terdapat pada ikan. Pertaman, vitaminlarut dalam air, antara lain vitamin B6,B12, Biotin dan Niasin. Vitamin ini banyak terdapat pada ikan yang dagingnya berwarna gelap. Sedangkan kelompok kedua, iaitu vitamin larut dalam lemak(Vitamina dan D) terkandung dalam lemaknya.
MINERAL
Kandungan mineral pada ikan jumlahnya lebih banyak diantaranya terdapat magnesium , zat besi, sodium dan selenium.
No comments:
Post a Comment