Saturday, January 9, 2010

PILIHLAH IKAN UNTUK KESIHATAN

Aku suka makan juga ikan tapi lagi suka maka dasing ayam, cam ner tu, walaupun tahu ikan ni banyak khasiat tapi, ayam juga jadi pilihan, lagi satu, kekadang susah nak dpt ikan fesh tu la faktor utama.
apa-apa pun meh sini aku kongsikan sikit info yang aku baca ni, Khasiat ikan kepada kesihatan:

Ikan untuk kesihatan;
PROTEIN
Ikan mengandungi protein tinggi yang terdiri daripada asid amino penting yang tidak akan rosak walaupun ketika dimasak. Kandungan protein pada ikan pelbaga, bergantung kepada kandungan lemak dan airnya. namun secara umum, ikan mengandungi 13-20 peratusprotein. Protein ini dapat membantu pertumbuhan sel otak, sehingga ikan serig disebut makanan penunjang kecerdasan.

Disebabkan serat proteinnya sedikit, ia lebih mudah dicerna oleh tubuh,biarpun pada seornag bayi sekalipun. Kandungan kologen pada ikan juga jauh lebih rendah dari haiwan ternakan lain, iaitu hanya 3-5 peratus dari total protein. Jadi jika dibandingkan daging lembu, daging ikan terasa lebih empuk dan lebih mudah hancur ketika dikunyah.

LEMAK
Bagi yang bimbang berat badan bertambah , anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memakan ikan. ini kerana kandungan lemak pada ikan hanya antara 1-20 peratus shj. Sebahagian besar daripada daripada kandungan lemaknya itu pula merupakan lemak tak jenuh yang amat berguna untuk tubuh anda. Diantaranya, ia berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

VITAMIN
Ada dua kelompok vitamin yang terdapat pada ikan. Pertaman, vitaminlarut dalam air, antara lain vitamin B6,B12, Biotin dan Niasin. Vitamin ini banyak terdapat pada ikan yang dagingnya berwarna gelap. Sedangkan kelompok kedua, iaitu vitamin larut dalam lemak(Vitamina dan D) terkandung dalam lemaknya.

MINERAL
Kandungan mineral pada ikan jumlahnya lebih banyak diantaranya terdapat magnesium , zat besi, sodium dan selenium.

Saturday, January 2, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Hari ini 3hb Januari, Anakanda SYASYA MARSYA MAISARAH genap berusia 2 thn, semakin nakal, semakin aktif, alhamdulillah dikurniakan kesihatan , kepintaran, kecerdasan, dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, doa ibu semoga anakanda selamat sejahtera hendaknya. Tiada yang lebih indah dari kelahiran anak-anak ibu semua. Ibu sayang anak-anak ibu semua. Ibu doakan juga anak-anak ibu semua memperoleh kerberkatan dalam setiap pekerjaan, dikurniakan kejayaan, dimurahkan rezeki, dan dilanjutkan usia. Amin..

Buat Ibuku juga, AZIZAH BT SAID, anakanda ucapkan Selamat Ulangtahun Ke 50, semoga dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kesejahteraan dunia akhirat.

Anak ku dan ibu ku berkongsi tarikh yang sama iaitu 3hb Januari. Oleh kerana ibuku berada di Kuala Lumpur dan aku dikampung tak dapatlah nak meraikan bersama-sama.

Friday, January 1, 2010

5 JENIS MAKANAN PENGUAT JANTUNG

Makanan ternyata amat berpengaruh terhadap kesihatan jantug setiap individu, apatahlagi apabila usia semakin bertambah. Selain mendapatkan zat yang mencukupi daripada suplemen dan memelihara kesihatan dengan melakukan olahraga kesihatan jantung juga dipengaruhi oleh makanan-makanan bernutrisi baik seperti yang disenaraikan ini. Untuk itu perbanyakan memakan makanan -makanan ini agar anda dapat mengekalkan kesihatan jantung ke hari tua nanti.

1.  BADAM
Kacang badam merupakan jenis kekacang yang kaya dengan asid lemak tidak jenuh dan phytosterol.Asid Lemak tidak jenuh ini mampu meningkatkan pengeluaran LDL dan meningkatkan kepekatan HDL didala darah, manakala pyhtosterol mampu bersaing dengan kolesterol agar tidak dapat diserap oleh usus. Badam biasanya disajikan sebagai pelngkap kepada masakan.

2.  EPAL
Para pengkaji dari universiti ternama di Amerika telah menemui sesuatu di dalam kajian mereka iaitu dengan pengambilan sebiji buah epal setiap hari mampu menghalang peningkatan LDL dan menurunkan peningkatan LDL sehingga 8 peratus. ini kerana epal mengandungi serat larut iaitu pectin yang membersihkan dinding arteri dari pengumpalan plak-plak kolesterol yang membahayakan kesihatan jantung. Oleh itu sajikan jirisan epal bersama oatmeal yangbaik untuk kesihatan jantung anda.

3.  SOYA
seperti yang diketahui kacang soya amat baik untuk kesihatan kerana ia mempunyai keupayaan untuk menurunkan kadarkolesterol dan kanser. Kacang soya kaya dengan sebatian isoflavonoid yang mamu mengendalikan kolesterol LDL dan sebagai antioksidan untuk mencegah kanser. Selain itu, soya juga jaya dengan serat larut oligosakarida yang membantu mencegah timbunan plakpada pembuluh darah. Jadi amalkan memakan soya sama ada di dlam hidangan makanan atau sebagai minuman.

4.  BUAH BERI(STRAWBERI,BERI BIRU DAN RASBERI)
Buah beri seperti strawberi, beri biru dan rasberi mengandungi komponen yang mirip dengan resveratrol di dlam buah anggur. Bukan itu sahaja, buah ini mengandungi antioksidan jenis pterostilbene yang merangsang sel-sel hati untuk bekerja mencerna lemak dan kolesterol.

5.  IKAN LAUT
Ikan laut seperti tuna dan salmon amat kaya dengan asid lemak omega terutama Omega 3, Omega 6 dan Omega 9. menurut kajian di universiti di Eropah, mengambil ikan sebegini selama dua minggu dapat membantu menurunkan risiko penyempitan pembuluh darah sebanyak 20 peratus.

Sumber: Mingguan Wanita

STRAWBERI Lambang Cinta & Penuh Khasiat

Meh sini aku kongsikan sikit bahan bacaan aku, banyak sebenarnya tapi tak sempat nak masukkan entry , tapi lepas ni akan ku cuba update secepat mungkin yer....

Meh baca seba skit tentang STRAWBERI....aku suka strawberi...merah...menawan.

Rasanya enak , masam manis , sindah bentuknyayang kelihatan sepert hati, warna merah tatkala masak begitu menggoda. Ternyata buah yang sinonim dengan kisah cinta, sejak zaman YunaniKuno dahulu , bukan sekadar enak tetapi juga mengandingi zat dan khasiat tersendiri.
Warna merah pada buah ini bermaksud buah ini kaya dengan pigmen warna antosianan dan mengandungi antioksidan yang tinggi. Selain antioksidan , ia juga kaya dengan serat, rendah kaloridan mengandungi vitamin C, Folat, Potasium serta Asid Ellagic.

Berikut adalah khasiatnya.
  • Strawberi mampu membantu menurunkan kadar kolestrol.
  • Membantu melumpuhkan kerja aktif kanser kerana Asid Ellagic yang terdapat didalamnya.
  • Dapat meredam gejala strok.
  • Mengandungi zat anti alergi dan anti radang.
  • Kandungan tujuh zat antioksidan yang terdapat di dalamnya lebih tinggi ika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain, sehingga strawberi menjadi buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
  • Kaya vitamin C yang amat berkhasiat bagi pertumbuhan anak-anak.
  • Mengandungi kurang gula dan amat sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
  • makan strawberi secara teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit kelihatan lebih cerah dan bersih.
  • Strawberi dapat memutihkan dan membersihkan permukaan gigi.
  • Berkesan untuk melawan radang sendi.
  • Daunnya berkhasiat kerana memiliki zatastrigen. Minum tiga hingga empat caan air rebusan daunnya setiap haridapat membantu menghentikan serangan cirit-birit.
  • Keperluan vitamin C bagi bagi orang dewasa setipa haridapat dipenuhi oleh lapan biji buah strawberi iaitu bersamaan dengan 98mg, sekali gus dapat memenuhi keperluan serat oleh tubuh.
Sumber : Mingguan Wanita