Tuesday, September 22, 2009

KUIH MUIH HASIL TANGAN KU...UNTUK AIDILFITRI

Untuk Aidilfitri kali ni, ini lah sahaja kuih muih yang dapat ku sediakan. Kesemuanya 7 jenis...dalam gambar ni ader 6 sj, sau lagi kuih siput, aku lupa nak snap gambar nya.


Kuih Makmur
Biskut almond London....wajib tiap2 tahun buat
Biskut Tart Nenas Gulung....wajib juga tiap2 tahun buat
Biskut Kacang....pun sama, tiap2 tahun buat juga
Biskut Shortbread...pertama kali buat....
Biskut 4 sekawan...aku hentam ajer resepinya, tapi sedap.
Kenapa 4 sekawan???
Bahan2nya yang menjadikannya sedap...
Badam kisar, Cornflake kisar, Nestum Kisar & Oat Kisar
Tahun depan kalau ada masa buat lagi banyak......azam niiii







20.09.2009 @ 1 Syawal 1430

Hari ni dah 3 hari umat Islam menyambut aidilfitri, cepatnya masa berlalu.... Meh tgk gambar2 di hari Raya pertama,


Hj Abdul Talib Hj Ismail & Hajah Salasiah Abdul Rahman
Ibu & Bapa Mertua ku....tentunya Idola aku...
Wonderful Couple


Aku dgn anak Dara ku



Control skit Jalan, Cari Opah ...nak duit Raya

"Ibu...Opah tak da....syaya cari kat aas tadi"

"tinggi nya, penat la Syaysa"

My hubby & Kids




On The Way.....Abah & Mak ...kejap lagi kami sampai


Mana Abha ni...dah lama Aidil tunggu ni




tunggu je lah... Abah gi Sembahyang Raya

Syasya



My Family

"Nak gi mana ni Ibu"



Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI

SALAM BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN & PENGUNJUNG BLOG NI,
DI KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN
SELAMA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.
POHON MAAF DIATAS KEKASARAN BAHASA ATAU APA JUGA KESALAHAN YG TANPA DISEDARI.
KEPADA YANG PULANG KE KAMPUNG HALAMAN, BERHATI-HATI LAH KETIKA MEMANDU, SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI.
KEPADA PENYUMBANG RESEPI-RESEPI MINTA DIHALALKAN.
SEMOGA KITA KETEMU LAGI SELEPAS CUTI RAYA NANTI.
~SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN~
ikhlas dari
Madam Lilly & Family
.
.
.
Lilly Haniza
Syaiful Anuar
Muhammad Harith Najmi
Muhammad Aidil Hanafi
Syasya Marsya Maisarah

Wednesday, September 16, 2009

Menu berbuka puasa 21 Ramadan ~ 23 Ramadan 1430

Dah Semakin hampir ke penghujung Ramadan, bermakna semua umat Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri yang tinggal beberapa hari lagi. Jika ke pasaraya , Bazar Aidilfitri, memang penuh dengan orang ramai membeli belah pakaian anak-anak dan juga sendiri. Kaum ibu pula sibuk membuat kuih-kuih raya, mengemas rumah, menjahit langsir, yg mana tempah tu selamat jugala, tapi reban la juga poket, sebab bukan murah semua barang sekarang ni....

Oleh kerana kesibukan yang melanda, maka juadah berbuka pun ala kadar saja, kuih-kuih beli jer la skit, lauk pun bua sejenis jer sehari.

Layan jer lah gambar-gambar di bawah ni....

Ayam bakar simple ....

Bihun sup ayam

Rendang Ayam Pedas
Murtabak & Roti John

Sambal sardin.....kesukaan ku

Rojak Utara
Cucur Kucai








Friday, September 11, 2009

XTVT Malam 20 Ramadan

Malam Semalam terlebih rajin skit, jadi buatla biskut tuk Raya nanti, memang biasa nya setiap tahun aku tak membeli biskut tunjuk-tunjuk tu, walaupun buruk ku buat juga sendiri,

Ni fist time la buat shortbread, tak der loyang sebenar, guna jer apa yg ada , potong pun manual, tak la comei pun, tapi tell you, Cornflake Shortbread ni sedap tau. Resipi ni dari Hana http://hanamemories.blogspot.com/
sajer melawat-lawat nampak Hana buat cornflake shortbread, mengancam sangat tu yg buat. Bahan-bahan memang dah tersedia kat rumah, menjadi juga la, walaupun potongan ku itu tak berapa canti....nanti bleh buat lagi, "practice make it perfect"....

Ni potong simpan dalam tupperware...


Ni nak tunjuk lah skit, tebal skit biskut ni, makan satu pun kenyang.

Biskut Makmur, yg simple tu, pun siap semalam...sementara tunggu shortbread siap bakar, buat la benda ni, taraaaa....dah siap 2 jenis dalam 1 mlm.....hahaha

Sebenarnya dah siap lagi biskut hari ahad lepas, iaitu Biskut Almond london & Biskut Buah( yg ni tak berapa menjadi la, kurang skit rasanya) Biskut Almond London pula tak letak chocolate lagi, dah siap nanti saya upload ok...

Menu Berbuka 20 Ramadan

Hari ni dah 20 hari kita semua menjalani ibadah puasa. Semakin cepat rasanya masa berlalu, 9 hari lagi kita akan meraikan Aidilfitri .....

Menu berbuka 20 Ramadan

BihunGoreng Simple


Sayur Goreng Campur (Brokoli + Kobis+ Carrot)


bubur lambuk ibu mertuaku,
Sambal belacan

Sambal Kerang...





Menu berbuka 19 Ramadan

Hari Ke 19 Berpuasa @ 9 September 2009 , aku MC, sakit gusi, sakit kepala yg teramat, tak mampu nak drive pi kerja.

Apabila sudah MC, maka terhasil lah benda2 ni yg sempat aku grab masa pi klinik pagi tu
Hasilnya, dibawah ni la:

Maggie Goreng....teringin sgt la plak rasanya nak makan Maggie Goreng ni


Ayam Goreng Rempah....resepi tgk Rancangan Chef Wan & Chef Sabri kat TV tuu, tak ingat la plak episod bape......hitam skit, terleka...


Kerabu Mempelam ....musim pelam kot kat sini, byk la pula ka market tu

Resepi Kerabu Pelam simple
Bahan-bahannya
Mempelam muda secukupnya - diracik halus
Kacang tanah digoreng & ditumbuk
Cili padi secukupnya - di potong kecil-kecil
Bawang besar - di mayang halus
Bunga Kantan - dirincik halus
Halia - dimayang halus
Limau nipis - diambil jusnya
Garam & Gula Secukupnya

Cara-caranya
Gaulkan cilipadi bersama bawang besar, halia, bunga kantan, gula, garam, kacang tanah , tambahkan perahan air limau nipis tadi, last sekali masukkan buah pelam tadi, sedia di hidang....mudah kan...


Kari Kepala Ikan...nyum..nyum

Thursday, September 10, 2009

Tuesday, September 8, 2009

11 ~ 17 Ramadan 1430

Beberapa harikebelakangan ni sibuk skit, jadinya kuali di dapur tu gantunglah kejap. sibuknya menyiapkan persiapan raya anak-anak. Gambar di bawah ni tak mengikut urutan,

Aktiviti saya
  • 11 Ramadan - kerja spt biasa, jam 5, ada talk about cleanlines at office at Taiping Golf Resort
  • 12 Ramadan - Ambil cuti sehari, little girl demam kuat sgt, meragam la juga
  • 13 Ramadan - Dah cuti sehari, keje pun bertimbun la....habiskan keje seharian, balik dah penat, so juadah beli shj
  • 14 Ramadan - Keje byk juga, tak tau nak masak apa, beli juga apa yg patut, tp ada la juga buat sejenis lauk, gambar kat bawah (Paru masak sambal)
  • 15 Ramadan - kerja 1/2 hari, tp masih ada talk about cleanlines at office bt Executive Chairman...., Hari tu teringian nak makan nasi karabu, nak buat tak pandai lagi, so belia jer kat Pasar Ramadan Kamunting.
  • 16Ramadan - Bangun pagi baut cookiestapi tak berapa menjadi resepi dari bku tu tak betul, aku hemtam ikut betul2 cam dalam buku, kecewa sgt...........so masak Kari ikan kerisi, sj dan berbuka kat luar dgn Mr Hubby sj, coz nak beli baju raya anak-anak.
  • 17 Ramadan - Pagi buatcookis lagi, kali ni menjadi dengan jayanya, petang selepas zohor keluar lagi temankan auntie nak beli tudung.....ke Parit Buntar la pulak. memang tak masak hari tu, pi beli kat Pasar Ramadan sj.

Gambar ni sebahagian yg dibelikan hari Ahad lepas..



Masak Lemak Pucuk Paku


Gulai Dagang ikan tongkol



Nasi Kerabu


Paru Sambal



Penatnya kan....layan jer lah gambar-gambar yg blur ni.......




Saturday, September 5, 2009

5th September

Hari ni genaplah usia perkahwinan kami 10 thn. Cepatnya masa berlalu, terasa seperti masih baru jer kami bersama, alhamdulilah, syukur kepada Ilahi, dikurniakan aku seorang suami yg penyayang, sabar, rajin, memahami diriku seadanya. Sabar akan kerenah aku dan juga kekadang angin satu badan. Dia seoarang lelaki yg cool, syukur...syukur...sukur.....
5 SEPTEMBER 1999 ~ 5 SEPTEMBER 2009
cuma tahun ni tak der la meraikan aper2, cuma ucapan kasih sayang sj yg di ungkapkan, kerana kami sibuk membuat persiapan menyambut Syawal tidak lama lagi.

Tuesday, September 1, 2009

Menu Berbuka beberapa Hari yg Lalu

Ni menu yg tersedia& terbeli dipasar ramadan....(angin malas melanda...tp nak update juga) Menu berbuka beberapa hari lepas....layan jer lah yer

Ikan Masak Madu


Ikan Pari Asam Pedas

Ayam Golek....yg ni my hubby buat bersama rakan2nya...special ski, hari tu tak payah masak & beli dah


Ikan siakap goreng berlado



Bendi Goreng



Ikan Kembung kukusa Air Asam
Nanti2 saya upload lagi yer, sibuk skit,hari ahad lepas ader la masak Sup tulang, tapi tak ambil gambar, coz berbuka kat Sg Petani, ader keje skit kat sana, hari Isnin lak anak teruna minta buat nasi lemak, pun der ambil gambar, terlupa, dah nak abih sgt baru teringat.....lain kali ajer lah ....