Wednesday, May 20, 2009

1999-2009 (Part 2)

Jom sambung...............Saat menanti kehadiran Buah hati yg Pertama

Selepas beberapa bulan aku sekali lagi disahkan hamil, syukur alhamdulillah, kali ni aku terus buat check up dekat Pusat Pakar & Perbidanan Kamunting. Dr Charanjit Singh, Dari awal kandungan lg aku dah mula buat pemeriksaan, seawal 2 minggu, he is very nice person. Aku tak mau pisang berbuah 2 kali. Bukan tak percaya pada takdir, tp kita kena usahakan. So dr awal kandungan hingga lah ke saat aku hendak melahirkan anak ni, aku berulang alik membuat pemeriksaan di klinik pakar ni. Jarak dr rumah ambil masa lebih kurang 40 minit, Ni ikut jalan biasa yg memnag tak der traffic problem, jauh juga la kan. Masa hamil kali ni memang alah juga lah, tak der selera makan, tak bleh bau macam2, pas tu aku jadi malas giler, serabai tul waktu tu aku gi kerja, nak wat cam na kan , pembawa budak, sampai lah minggu-minggu terakhir kehamilan, aku disahkan ada jangkitan kuman so, kena la bg deliver awal,apa lagi Doc tu masukkan ubat la , tapi anak aku tetap juga la tak mau kuar, sakit nya Tuhan jer la yg tahu, pas tu doc bg tau la aku kena operation, waaaaaaaa

tak per la asalkan anak aku selamat.

Akhirnya pada 24 hb Mei 2001, tengah malam plak tu,aku selamat dapat baby Boy , kecil jer 2.8kg masa tu.
Tapi disebabkan aku ni lahir anak kut" tingkap" aku tak leh tgk baby la sampai la esok nya.

Masa tgk baby air mata kau berderai macam air hujan beb, anak aku dalam dakapan ku.

Nak tahu nama anak aku....

Ni dia MUHAMMAD HARITH NAJMI.................
meh la tgk pic dia. dulu mana ada digital cam, tak leh la nak upload kat sini, tgk jer la gambo dah berusia 8 thn ni






Tuesday, May 19, 2009

1999 - 2009 (Part 1)

Tanggal 5hb Sept 1999 aku.....Lilly Haniza sah menjadi Isteri kepada Syaiful Anuar.

Tarikh keramat ini tak akan aku lupakan, dimana aku telah menjadi isteri kepada jejaka yang selama ini telah bertahta di hati ku sejak sekian lama. bukan mudah untuk menyulam kasih antara kami, kerana usia dan waktu pada ketika itu terlalu muda,.

Detik perkenalan kami bermula sejak di bangku sekolah lagi, kebanyakkan orang berkata, "cinta monyet", zaman sekolah, manalah boleh di bawa kejinjang pelamin.

Tetapi atas dasar kasih dansayang serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi, kami harungi juga. Kami telah mendapat restu dari kedua-dua belah pihak dan ditunangkan pada 30 Ogos 2008, tak lama setelah aku tamat SPM. Oleh kerana aku tak menyambung pelajaran kemana-mana institut, kdua-dua keluarga kami bersetuju untuk melangsungkan pernikahan kami pada 5hb Sept 1999.


Aku berkahwin pada usia muda iaitu pada usia ku 19 tahun dan suamiku 23 tahun. Perbezaan umur kami cuma 4 tahun. Alhamdulillah, kami lebih berfikiran matang, apa juga masalah kami hadapi bersama,.

Aku disahkan hamil dan bakal melahirkan anak pada bulan June 2006. Semasa proses kehamilan memang lah alah juga coz hamil sulung, plak tu muda lagi, byk benda kena belajar, tapi nasib tidak menyebelahi aku, ketika kandungan ku berusia 7 bulan anak di dalam rahimku di sahkan meninggal, Ya allah, Tuhan yg Maha Esa dia shj yg mengetahui betapa remuk redam nya hati ini, hancur luluh, Pun begitu suami yg memberi semangat agar, aku bersabar kerana diamlebih menyayagi anak aku. Yang menjadikan aku tertekan kerana sepanjang kehamilan dan pemeriksaan yang aku jalankan di klinik kesihatan dekat kampung aku, nurse tu cakap anak aku sihat, then dia suruh aku pi scan, aku tak berlengah, malam tu juga aku gi klinik swasta n scan, masa tu baru laha aku tahu anak aku dah pun meninggal lebih kurang 2 minggu. Sejak kejadian itu dan sehingga lah hari ini aku tak pernah lg ke klinik tersebut, sebabnya aku dah tak caya sama itu nurse la,dan layanan pun memang tidak memuaskan, buat sakit hati jer. Bukan semua nurse macam tu tapi itulah hakikat yg aku hadapi kerana seorang nurse tu la aku tak caya dah klinik tu.

**** tunggu part 2*******akan menyusul