10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.
1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap
rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak)
lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan
kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi
lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal
sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
2. Roti Canai.
Paling senang, paling
cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300
kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan
pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau
berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar
600 kalori.
3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan
dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan
telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori
tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih
segenggam tangan.
4. Ais krim.
Ais krim memang
sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari
setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop
ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?
5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah
burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi
nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada
keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak
berapa kalori?
6. Mee kari.
Hidangan mee dengan
sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga,
apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
Rata-rata kebanyakan
makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti
ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan
lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan
bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini
sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada
sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau
rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
9. Roti Manis dan
Donut.
Kadang kadang orang
salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis
seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan
karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis
mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar
mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan
yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa
banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil
kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider
makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal
pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari.
Semoga Berjaya!
No comments:
Post a Comment