Assalamualaikum...
Lamanya tak mengupdate blog yg al-ala segan silu ni. Maklumlah pemilik blog ni agak struggle ngan kerja pada bulan mei dan struggle ngan kesihatan semasa bulan Jun ari tu. Untuk pengetahuan semua me telah melahirkan anak lelaki pada 26.6.2012 melalui pembedahan kerana beberapa masalah yg tak dapat dielakkan. Bayi yg sepatutnya dilahirkan pada Ogos , lahir lebih awal, pertama kali melahirkan anak pra matang sgt2 lah susah hati dan anak ditahan di wad selama 24hari. oppps lupa, sebelum tu saya dah ditahan di wad sejak 9hb Jun lagi....lama kan sampai melahirkan 26.6.2012 ...kira lah sendiri baper hari. Lepas tu anak ditahan di wad kanak2 selama 24hari,leh kuar wad 1 hari sebelum puasa. kira ok la, daripada meninggalkan anak2 yg dah beso2 tu ngan abahnya berpuasa sendirian.Alhamdulillah dia hanya duduk dalam open inkubator , tak perlukan bantuan pernafasan dgn machine oxygen.Walaupun macam tu macam2 la baby Adib ni harungi, kalau korang tgk mesti menitis air mata. baby Adib ni kira kuat lah juga semangat nya . Lupa nak bg tau berat bayi semasa lahir cuma 1.85kg, sgt kecil. Skarang ni pun dah masuk kerja semual , baru 2 minggu, lepas ni saya akan cerita perjalanan my baby ngan weight gain dia, dan juga apa me sdg buat dan cuba untuk sihat, cantik dan bertenaga....Cantik????? untuk suami la...bukan untuk org lain, Sihat???? untuk family la...kerana mereka masih memerlukan saya...
No comments:
Post a Comment