Kehadiran yang dinanti penuh dugaan, Ya, mengandung kali ini me tidak ada apa2 alahan pun. Malah badan segar dan sihat. Tak da la pula nak mengidam berbagai2, cuma selera lebih kepada fastfood, nak ke Pizza Hut, KRR, KFC....perghhhh, makanan penambah lemak. Sib baik x naik banyak badan masa mengandung. Lagipun memang dah berbadan besor...emmmm untuk makluman berat sblm mengandung 78kg., berat kan. Berat sepatutnya dalam 56kg ja...bayangkan berapa banyak nak kena buang tu. Ok, berbalik kepada tajuk asal entri ini, Memang kami suami isteri sangat2 inginkan baby dalam keluarga. Me sendiri pun kalau boleh nak kan anak yang ramai, tp itu semua ketentuan Ilahi, nak mengandung pun susahnya, inikan pula nak ramai. Jawabnya , tak ado lah.
Sepanjang mengandung, cuma mengandung selama 34minggu, mmg tak sempat rasa puas mengandung. baby dah nak kuar. Baby PREM ...pra matang. 34 minggu 1 hari, secara pembedahan, kerana tak ada konteraksi, tp liquar a.k.a air ketuban turun banyak tak henti, sejak dari 9hb June, sampaila 26 Jun Doktor ambil keputusan untuk bersalin awal. Jadi 1st case la hari tu, a.k.a emergency , semua yg dah booking nak masuk bilik bedah pagi tu, kena tunda, bg laluan dekat me, kerana takut baby kena jangkitan akibat dah lama terdedah.....cam karung dah ditebuk tu la kan.
Sehari sebelum pembedahan, Doktor peadreatik datang ceritakan kesan2 anak pramatang dan apa akan berlaku sekiranya anak dilahirkan terlalu kecil. oppps, pagi tu dah pi scan Doktor jangkakan baby ku cuma seberat 1.6kg. Memang ada kesan2 yg akan berlaku.,Apa lagi air mata me pun turun tak berhenti la hari tu. Susah hati sesangat lah.
Sampai masanya 26.06.2012 pagi2 lagi aku disorong ke bilik bedah. jantung berdegup kencang buikan pikir pasal diri sendiri tapi bayi yang bakal ku lahirkan adakah dapat dia bertahan dan bernafas sendiri. Syukur alhamdulillah, semasa Doktor keluarkan bayi dari rahim me, bayi ku terus menangis. masa tu hanya allah S.W.T yang tahu apa perasaan aku. Lepas tu ternanti2 plak bila la doktor nak tunjuk bayi ku. Alhamdulillah lepas tu x ingat baper lama doktor bawa mai baby, masa itu terdetik, bayi ku sihat dan boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.
Ini cerita ibu nak bersalin jer , apabila dah melahirkan, baby plak yg di duga sehebatnya...esok me citer yer.
Bye...bye
dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapalyang belayar dilautan. Telah ramai kapal tenggelam didalamnya........... andai muatan kita adalah IMAN dan layarnya adalah TAKWA nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Kita Adalah Bertanggungjawab terhadap Tubuh Badan Kita. Hargai, Sayangi, Pelihara
Friday, October 12, 2012
Thursday, October 11, 2012
Salam Siaran ....Assalamualaikum
Assalamualaikum...
Lamanya tak mengupdate blog yg al-ala segan silu ni. Maklumlah pemilik blog ni agak struggle ngan kerja pada bulan mei dan struggle ngan kesihatan semasa bulan Jun ari tu. Untuk pengetahuan semua me telah melahirkan anak lelaki pada 26.6.2012 melalui pembedahan kerana beberapa masalah yg tak dapat dielakkan. Bayi yg sepatutnya dilahirkan pada Ogos , lahir lebih awal, pertama kali melahirkan anak pra matang sgt2 lah susah hati dan anak ditahan di wad selama 24hari. oppps lupa, sebelum tu saya dah ditahan di wad sejak 9hb Jun lagi....lama kan sampai melahirkan 26.6.2012 ...kira lah sendiri baper hari. Lepas tu anak ditahan di wad kanak2 selama 24hari,leh kuar wad 1 hari sebelum puasa. kira ok la, daripada meninggalkan anak2 yg dah beso2 tu ngan abahnya berpuasa sendirian.Alhamdulillah dia hanya duduk dalam open inkubator , tak perlukan bantuan pernafasan dgn machine oxygen.Walaupun macam tu macam2 la baby Adib ni harungi, kalau korang tgk mesti menitis air mata. baby Adib ni kira kuat lah juga semangat nya . Lupa nak bg tau berat bayi semasa lahir cuma 1.85kg, sgt kecil. Skarang ni pun dah masuk kerja semual , baru 2 minggu, lepas ni saya akan cerita perjalanan my baby ngan weight gain dia, dan juga apa me sdg buat dan cuba untuk sihat, cantik dan bertenaga....Cantik????? untuk suami la...bukan untuk org lain, Sihat???? untuk family la...kerana mereka masih memerlukan saya...
Thursday, June 7, 2012
X ADA CERITA
Lama benor x der aper2 citer, aktif hanya di facebok, tambah pula mmg byk kerja sejak kebelakangan ini. Sedang menanti Ramadan yang tak berapa hari jer lagi. Kalau Tahun lepas
(2011) Ramadan Dinanti dengan persiapan dan keberangkatan kami suami isteri menunaikan umrah, menyambut Ramadan disana, sgt2 indah moment itu, x dpt diceritakan bagaimana perasaan ini tatkala kaki menjejakkan kaki di Masjidilharam.
Tahun ini juga sibuk dengan persiapan, iaitu persiapan untuk menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga kami, anak2 pun x sabar , selalu bertanya bila baby nak ada dirumah....bila di cakap tunggu bulan puasa nanti ada la baby di rumah, maka masing2 bertanya bulan bila puasa dan masing2 mengira hari berapa hari lagi nak puasa....
Harap semuanya berjalan lancar dan Allah S.W.T memudahkan segala urusan dan kurniakan kesihatan yang baik kepada anak-anakku semua...

Friday, February 3, 2012
2011 yang tak akan dilupakan
2012 telah menjelma, sebulan telah berlalu, cepat sungguh, kerja2 sgt byk, mamca2 perkara perlu ditempuhi.
Kenangan 2011
Tahun yang tiadak akan ku lupakan kerana tahun ini, hasrat hati tertunai sudah, Alhamdulillah,
Bahagia rasanya ku tempuhi sepanjang 2011, syukur , Allah S.W.T melimpahkan rahmat, rezeki dan segalanya. inilah yg dikatakan berkat kesabaran dan usaha.
Peristiwa yg tidak dapat dilupakan sepanjang hidup.
1- Dapat menjejakkan kaki dan mengerjakan umrah Ke Tanah Suci
2- Pemergian Arwah Opah
lain2...x bleh bagi tau, rahsia hati....takut dikatakan riak ....tak baik oooo, cukuplah dengan 2 perkara penting ini
Semoga 2012 akan bertambah sinar kebahagian, Bertambah kuat Keimanan, Bertambah lagi amal ibadat, Perbanyakkan amalan, Doa ...
Hati ku ketika ini sgt merindui Tanah Suci, ku panjatkan doa seharian, semoga diberi kesempatan untuk kesana menunaikan Haji dan juga Umrah seterusnya, jika ada keizinan ingin sekali ku kesana setiap tahu, semoga menjadi kenyataan..........Amin

Subscribe to:
Posts (Atom)