Monday, April 19, 2010

APER CER?????

Bosan....bosan....bosan ...entah kenapa aku rasa bosan sgt, cuti 3 hari tapi tak der aktiviti luar.seperti biasa, cuci baj, masak , makan n nengok Tv itu jer la aktiviti cuti ni. Nak buat macma mana mr hubby keje, tak bleh la nak bodek ajak kuar.

Cepatnya masa berlalu, sekepjap jer terasa cuti ni, tapi alhamdulillah la juga sebab ada cuti, ader juga yg tak dpt nak cuti tu aper cer????

Ni aku nak story skit, minggu lepas hari Jumaat , baru lg nihhhh, anak dara aku Syasya umo 2 thn 3 bln tu, masuk bilik air and kunci dari dalam, Ya Allah, Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku. Ada la juga dalm 20 minit dia dok dlm cuba buka blk kunci tu, puas juga la aku ajar dia cam ner nak buaka pintu tu. Dlm otak aku cuma satu jer aku pikir, pas ni kalau tak bleh juga, aku pecahkan jer pintu tu....

lepas tu nasib baikla, bleh juga la anak aku bukakan pintu tu sendiri....huhuhuhuhuhu,,,,,

Hari Ahad semalam, aku teringin nak makan lepat liat, memandang kan mak sedara aku yglain ada bk umah, bleh la makan ramai2....kononnya la kan.  Aku pun bersemangat waja la waktu tu, kopek kelapa, pas tu mesin ...punya la berhari2, pegang kuat2 tempurung kelapa tu, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......................... Meisn nak juga gigit jari aku, maka terpelanting lah temutung tu , tersagatla palk jearijemari aku ni....punya la sakit, berdarah...berjurai2, siap mak sedara aku cakap karang menitik dlm kelapa tu, dah jadi plak raja bersiung....perghhhhh. aku dah la pedih jari ni, dia cakap cam tu...lastnya, dia kena uli tepung buat lepat liat tu, kena bungkus sampai abih, aku tungu makan jer...hahahahhaha...

Sunday, April 11, 2010

XTVT Minggu Ini

Aduhhhhhh......panasnya..............panas betul la skarang ni....

Xtvt minggu ini, hari sabtu aku pergi ke Taiping Central, menjengah ke Pameran Pengantin 2010, ahun ni mmg lebih ramai dari tahun lepas, deco2 pelamin yang menarik, pertunjukkan fesyen pengantin yang terbaru, mmg happening skali. Tambah lak hari sabtu hari tu ada lak wartaan dari media hiburan, Utusan dan sebagainya lagi. tunggukan kemunculan pameran pengantin ini di majalah2 yang terkemuka nanti....

Hari Ahad aku ada appoinent dgn customer,pas tu aku balik umah mak mertua aku ada program di rumah ibu mertuaku....setiap ahad, kalau tak pu 2 minggu sekali la.....belajar ...belajar dan terus belajar....

Minggu ni kuar tak bawa anak2..panas sgt, biar dok umah ajer....me & hubby only....

Friday, March 26, 2010

BILA DAH TAK DER IDEA

Lama juga tak berceloteh, bercerita dek kerana kesibukan melayan anak-anak ke sekolah,sang puteri yang semakin nakal, lasak, berbagai idea nya, susah plak nak tido malam. Aktiviti memasak seperti biasa, oleh kerana bantuan ibu saudara ku yg tinggal bersama, beliau meringankan tugas ku sebagai seorang ibu di rumah. Tapi kesian juga dengan dia, nak kena menjaga, menguruskan nenek yang mmg tidak boleh menguruskan diri sendiri walaupun menyuapkan nasi kemulut sendiri. Kalau aku nak bantu pun sebelah petang, tapi tak bleh pulak, sebabnya nenek ni nak ke toilet la sebelah paginya. Jadi terpaksalah dia menguruskan seorang diri. Disamping tu, beliau lah yg menguruskan anak aku yg kecil. Aku plak, mencari rezeki la bersama suami, kalau tak sape nak bagi kami makan. Ahhhh..melalut la plak kan...

Dah hampir 4 bulan aku bekerja sebagai penjawat awam. Memang aku bersyukur sangat dapat pekerjaan ini, yang mana lebih menjamin masa depan aku.

Diam tak diam , sedar tak sedar, dah setahun aku menjalankan perniagaan sewaan kanopi dan meja makan beradap. alhamdulillah inilah jodoh rezeki kami. Suami yg juga kreatif, rajin, dan tak pernah kenal erti putus asa. Sokongan dan kerjasama dari suamiku amatlah bermakna  .

Monday, March 15, 2010

SEKITAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH ANAK - SKCL 2010

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LOBAK.
Anak ibu dapat no 1
anak ibu sedang berlari

Abah nak ambil hadiah 

Anak-anak ada la masuk acara termasuk la abahnya sekali

Monday, February 1, 2010

Makan Mee kari


Mee kari , aku buat lama dah ni, buat simple jer, makan-makan sekeluarga, favourite my hubby.  Resepi ini, simple jer, senang nak buat. layan gambar-gambar ni.

Jalan-Jalan Cari Makan

Ni gambo lama baru nak masukkan, tak nyempat-nyempat ler...

Coretan hari ini

Lama nya tak menulis diblog ni, nak merapu meraban pun tak tau nak tulis aper, keje cam biasa, family alhamdulillah sihat-sihat hendaknya, ...ooooo.....baru tersedar, sibuk menguruskan anak-anak, tengakkan keje sekolah, hantar kelas tambahna dan sebagainya lah. Sempatlah juga weekend lepas bawa nak-anak keluar, tupun sebab nak gi melawat adik ipar aku yang bongsu, ada di Kem PLKN Kem Rest White Balik Pulau. Meh la tgk skit gambar2 ni yer
selepas kuar dari kem terus gi batu feringgi, jauh la juga dari kem, jalan nya, berbukit bukau, kecut perut aku, tak berani tgk kiri kanan, gaung, gayat beb.  

Saturday, January 9, 2010

PILIHLAH IKAN UNTUK KESIHATAN

Aku suka makan juga ikan tapi lagi suka maka dasing ayam, cam ner tu, walaupun tahu ikan ni banyak khasiat tapi, ayam juga jadi pilihan, lagi satu, kekadang susah nak dpt ikan fesh tu la faktor utama.
apa-apa pun meh sini aku kongsikan sikit info yang aku baca ni, Khasiat ikan kepada kesihatan:

Ikan untuk kesihatan;
PROTEIN
Ikan mengandungi protein tinggi yang terdiri daripada asid amino penting yang tidak akan rosak walaupun ketika dimasak. Kandungan protein pada ikan pelbaga, bergantung kepada kandungan lemak dan airnya. namun secara umum, ikan mengandungi 13-20 peratusprotein. Protein ini dapat membantu pertumbuhan sel otak, sehingga ikan serig disebut makanan penunjang kecerdasan.

Disebabkan serat proteinnya sedikit, ia lebih mudah dicerna oleh tubuh,biarpun pada seornag bayi sekalipun. Kandungan kologen pada ikan juga jauh lebih rendah dari haiwan ternakan lain, iaitu hanya 3-5 peratus dari total protein. Jadi jika dibandingkan daging lembu, daging ikan terasa lebih empuk dan lebih mudah hancur ketika dikunyah.

LEMAK
Bagi yang bimbang berat badan bertambah , anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memakan ikan. ini kerana kandungan lemak pada ikan hanya antara 1-20 peratus shj. Sebahagian besar daripada daripada kandungan lemaknya itu pula merupakan lemak tak jenuh yang amat berguna untuk tubuh anda. Diantaranya, ia berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

VITAMIN
Ada dua kelompok vitamin yang terdapat pada ikan. Pertaman, vitaminlarut dalam air, antara lain vitamin B6,B12, Biotin dan Niasin. Vitamin ini banyak terdapat pada ikan yang dagingnya berwarna gelap. Sedangkan kelompok kedua, iaitu vitamin larut dalam lemak(Vitamina dan D) terkandung dalam lemaknya.

MINERAL
Kandungan mineral pada ikan jumlahnya lebih banyak diantaranya terdapat magnesium , zat besi, sodium dan selenium.

Saturday, January 2, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Hari ini 3hb Januari, Anakanda SYASYA MARSYA MAISARAH genap berusia 2 thn, semakin nakal, semakin aktif, alhamdulillah dikurniakan kesihatan , kepintaran, kecerdasan, dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, doa ibu semoga anakanda selamat sejahtera hendaknya. Tiada yang lebih indah dari kelahiran anak-anak ibu semua. Ibu sayang anak-anak ibu semua. Ibu doakan juga anak-anak ibu semua memperoleh kerberkatan dalam setiap pekerjaan, dikurniakan kejayaan, dimurahkan rezeki, dan dilanjutkan usia. Amin..

Buat Ibuku juga, AZIZAH BT SAID, anakanda ucapkan Selamat Ulangtahun Ke 50, semoga dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kesejahteraan dunia akhirat.

Anak ku dan ibu ku berkongsi tarikh yang sama iaitu 3hb Januari. Oleh kerana ibuku berada di Kuala Lumpur dan aku dikampung tak dapatlah nak meraikan bersama-sama.

Friday, January 1, 2010

5 JENIS MAKANAN PENGUAT JANTUNG

Makanan ternyata amat berpengaruh terhadap kesihatan jantug setiap individu, apatahlagi apabila usia semakin bertambah. Selain mendapatkan zat yang mencukupi daripada suplemen dan memelihara kesihatan dengan melakukan olahraga kesihatan jantung juga dipengaruhi oleh makanan-makanan bernutrisi baik seperti yang disenaraikan ini. Untuk itu perbanyakan memakan makanan -makanan ini agar anda dapat mengekalkan kesihatan jantung ke hari tua nanti.

1.  BADAM
Kacang badam merupakan jenis kekacang yang kaya dengan asid lemak tidak jenuh dan phytosterol.Asid Lemak tidak jenuh ini mampu meningkatkan pengeluaran LDL dan meningkatkan kepekatan HDL didala darah, manakala pyhtosterol mampu bersaing dengan kolesterol agar tidak dapat diserap oleh usus. Badam biasanya disajikan sebagai pelngkap kepada masakan.

2.  EPAL
Para pengkaji dari universiti ternama di Amerika telah menemui sesuatu di dalam kajian mereka iaitu dengan pengambilan sebiji buah epal setiap hari mampu menghalang peningkatan LDL dan menurunkan peningkatan LDL sehingga 8 peratus. ini kerana epal mengandungi serat larut iaitu pectin yang membersihkan dinding arteri dari pengumpalan plak-plak kolesterol yang membahayakan kesihatan jantung. Oleh itu sajikan jirisan epal bersama oatmeal yangbaik untuk kesihatan jantung anda.

3.  SOYA
seperti yang diketahui kacang soya amat baik untuk kesihatan kerana ia mempunyai keupayaan untuk menurunkan kadarkolesterol dan kanser. Kacang soya kaya dengan sebatian isoflavonoid yang mamu mengendalikan kolesterol LDL dan sebagai antioksidan untuk mencegah kanser. Selain itu, soya juga jaya dengan serat larut oligosakarida yang membantu mencegah timbunan plakpada pembuluh darah. Jadi amalkan memakan soya sama ada di dlam hidangan makanan atau sebagai minuman.

4.  BUAH BERI(STRAWBERI,BERI BIRU DAN RASBERI)
Buah beri seperti strawberi, beri biru dan rasberi mengandungi komponen yang mirip dengan resveratrol di dlam buah anggur. Bukan itu sahaja, buah ini mengandungi antioksidan jenis pterostilbene yang merangsang sel-sel hati untuk bekerja mencerna lemak dan kolesterol.

5.  IKAN LAUT
Ikan laut seperti tuna dan salmon amat kaya dengan asid lemak omega terutama Omega 3, Omega 6 dan Omega 9. menurut kajian di universiti di Eropah, mengambil ikan sebegini selama dua minggu dapat membantu menurunkan risiko penyempitan pembuluh darah sebanyak 20 peratus.

Sumber: Mingguan Wanita

STRAWBERI Lambang Cinta & Penuh Khasiat

Meh sini aku kongsikan sikit bahan bacaan aku, banyak sebenarnya tapi tak sempat nak masukkan entry , tapi lepas ni akan ku cuba update secepat mungkin yer....

Meh baca seba skit tentang STRAWBERI....aku suka strawberi...merah...menawan.

Rasanya enak , masam manis , sindah bentuknyayang kelihatan sepert hati, warna merah tatkala masak begitu menggoda. Ternyata buah yang sinonim dengan kisah cinta, sejak zaman YunaniKuno dahulu , bukan sekadar enak tetapi juga mengandingi zat dan khasiat tersendiri.
Warna merah pada buah ini bermaksud buah ini kaya dengan pigmen warna antosianan dan mengandungi antioksidan yang tinggi. Selain antioksidan , ia juga kaya dengan serat, rendah kaloridan mengandungi vitamin C, Folat, Potasium serta Asid Ellagic.

Berikut adalah khasiatnya.
  • Strawberi mampu membantu menurunkan kadar kolestrol.
  • Membantu melumpuhkan kerja aktif kanser kerana Asid Ellagic yang terdapat didalamnya.
  • Dapat meredam gejala strok.
  • Mengandungi zat anti alergi dan anti radang.
  • Kandungan tujuh zat antioksidan yang terdapat di dalamnya lebih tinggi ika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain, sehingga strawberi menjadi buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
  • Kaya vitamin C yang amat berkhasiat bagi pertumbuhan anak-anak.
  • Mengandungi kurang gula dan amat sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
  • makan strawberi secara teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit kelihatan lebih cerah dan bersih.
  • Strawberi dapat memutihkan dan membersihkan permukaan gigi.
  • Berkesan untuk melawan radang sendi.
  • Daunnya berkhasiat kerana memiliki zatastrigen. Minum tiga hingga empat caan air rebusan daunnya setiap haridapat membantu menghentikan serangan cirit-birit.
  • Keperluan vitamin C bagi bagi orang dewasa setipa haridapat dipenuhi oleh lapan biji buah strawberi iaitu bersamaan dengan 98mg, sekali gus dapat memenuhi keperluan serat oleh tubuh.
Sumber : Mingguan Wanita

Thursday, December 17, 2009

KEMANA PERGI ????

Salam semua rakan-rakan yang mengunjungi blog ini, tentu tertanyatanya, kemana pergi yer gerangan hamba????
Tak kemana sebenarnya cuma agak sibuk dengan aktiviti perniagaan, almaklumlah kan keje-keje ku bersangkutan dengan cuti sekolah...musim kenduri Kawin...
Lagi satu sebabnya, aku baru mendapat tawaran menjawat jawatan di Kementerian Pelajaran, Lantikan surujhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi.........sape tak nak keje dengan GOVERMENT kan....
Aku pun dengan rasminya meletak jawatan di tpt keje yg byk memberi aku pengalaman , pengajaran ...bak kata member-member lain yg dah pun kuar dr situ, " Learning Centre".......Bukit Merah Laketown Resort.
Lama sebenarnya aku disini iaitu dari 22 Den 1997 - 1 Desember 2009...kira la sendiri bape tahun.
Sekarang ni aku ditempatkan di Sekolaj Menengah Agama Al-Hidayah Parit Abas, Kuala Kurau Perak., sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi. Alhamdulillah semua warga kerja disini baik-baik belaka.
Pada 2 Disember aku gi KL, stay kat umah adik, pas tu 3 December lapor diri kat Putrajaya, sehari suntuk, ptg blk kul 5, singgah jap Kat Sate Kajang hj Samuri, Mlm lps maghrib balik ke perak, sampai umah dlm kul 12.00. pepagi esoknya kena lapor diri kat SMA Al-Hidayah, bermula la aku dgn keja baru...hehehehe.
Dalam pada itu, minggu pertama December mmg sibuk aku ader byk tempahan kanopi dan meja pengantin..nanti lawat blog lg satu yer, http://madamlilly.blogspot.com/

Aok, nanti kiter celoteh lagi ekkk

Monday, October 19, 2009

CERITA TAK BERGAMBAR

Ni nak citer skit la, last week hari khamis aku dah rasa nak sedap badan, ader rasa seram sejuk jer badan ni, masa ni masih kat tpt keje, pas tu, aku blk umah, confirm la demam, hari panas terik aku sejuk menggigil.....penat wei, nak nafas pun rasa semacam, alihnya hari Jumaat aku MC.....huhuhu.

Bukan aper , dah lama tak update blog ni, bukan tak memasak, tapi tak nyempat ambil gambar, masak pun simple jer, sejak-sejak lepas puasa ni. Almaklumlah, perut terasa sempit lagi kot. Maybe lepas ni ader la blk mood nak update....ok sumer, kalau tak kat umah sini kat umah lagi satu yer. http://madamlilly.blogspot.com/


Selamat bekerja buat semua....para ibu, surirumah semua, selamat menjalankan tugas seharian.....daaa

Wednesday, October 14, 2009

Raya Gathering Ex-SMAP 1995

Pada hari raya pertama, satu perjumpaan dengan bekas pelajar-pelajar SMAP.Alhamdulillah....akhirnya dapat juga kami jumpa walaupun kehadirannya tak la ramai sgt. tempat perjumpaan adalah di rumah aku, jam 2.00 ptg pada Hari Raya Pertama. In i adalah batch Thn 1995....PMR , lepas tu semuamya dah berpecah, almaklumlahkan ader yg dpt pegi ker MRSM, Teknik, dah lebih 10 thn baru la dapat berjumpa semula. Nasib baik la ada Facebook, so, semuanya jumpa di facebook.. Bagus juga la internet ni. Yang dapat hadir adalah: FARIL (single lg), JUNAIDAH(single lg), AZIZAN (berpunya tp blom rasmi lg), JAMILAH sekeluarga, JAMIAH sekeluarga, MARZIANA sekeluarga, AMRAN sekeluaga, ROHANA sekeluarga. Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat aku semua, Maaf lah jika ada kekurangan, Jangan serik yer nak datang umah saya lagi. Jika ada ruang & kelapangan akan kita usahakan lagi majlis-majlis lainnya.


Thursday, October 1, 2009

Trip to Kelantan 24-26 September 2009

Musim Raya kali ni ader kenduri, aku pun ikut la sama pi ngan family sebelah mertua ku ke Kelantan, Sepupu hubby kawin ngan orang Kelantan, kat Pengkalan Chepa. actually tak byl la pi jejalan coz, ramai yg pegi sumer sekali ader 8 biji kete. Lain kali nak gi sekali lagi, tak puas la jalan ramai2 tak bleh nak lama, ader yg anak meragam lah, macam2 la ...syukur anak-anak aku baik-baik belaka. layan jerlah gambar2 ni,







Tuesday, September 22, 2009

KUIH MUIH HASIL TANGAN KU...UNTUK AIDILFITRI

Untuk Aidilfitri kali ni, ini lah sahaja kuih muih yang dapat ku sediakan. Kesemuanya 7 jenis...dalam gambar ni ader 6 sj, sau lagi kuih siput, aku lupa nak snap gambar nya.


Kuih Makmur
Biskut almond London....wajib tiap2 tahun buat
Biskut Tart Nenas Gulung....wajib juga tiap2 tahun buat
Biskut Kacang....pun sama, tiap2 tahun buat juga
Biskut Shortbread...pertama kali buat....
Biskut 4 sekawan...aku hentam ajer resepinya, tapi sedap.
Kenapa 4 sekawan???
Bahan2nya yang menjadikannya sedap...
Badam kisar, Cornflake kisar, Nestum Kisar & Oat Kisar
Tahun depan kalau ada masa buat lagi banyak......azam niiii







20.09.2009 @ 1 Syawal 1430

Hari ni dah 3 hari umat Islam menyambut aidilfitri, cepatnya masa berlalu.... Meh tgk gambar2 di hari Raya pertama,


Hj Abdul Talib Hj Ismail & Hajah Salasiah Abdul Rahman
Ibu & Bapa Mertua ku....tentunya Idola aku...
Wonderful Couple


Aku dgn anak Dara ku



Control skit Jalan, Cari Opah ...nak duit Raya

"Ibu...Opah tak da....syaya cari kat aas tadi"

"tinggi nya, penat la Syaysa"

My hubby & Kids




On The Way.....Abah & Mak ...kejap lagi kami sampai


Mana Abha ni...dah lama Aidil tunggu ni




tunggu je lah... Abah gi Sembahyang Raya

Syasya



My Family

"Nak gi mana ni Ibu"