Friday, January 1, 2010

STRAWBERI Lambang Cinta & Penuh Khasiat

Meh sini aku kongsikan sikit bahan bacaan aku, banyak sebenarnya tapi tak sempat nak masukkan entry , tapi lepas ni akan ku cuba update secepat mungkin yer....

Meh baca seba skit tentang STRAWBERI....aku suka strawberi...merah...menawan.

Rasanya enak , masam manis , sindah bentuknyayang kelihatan sepert hati, warna merah tatkala masak begitu menggoda. Ternyata buah yang sinonim dengan kisah cinta, sejak zaman YunaniKuno dahulu , bukan sekadar enak tetapi juga mengandingi zat dan khasiat tersendiri.
Warna merah pada buah ini bermaksud buah ini kaya dengan pigmen warna antosianan dan mengandungi antioksidan yang tinggi. Selain antioksidan , ia juga kaya dengan serat, rendah kaloridan mengandungi vitamin C, Folat, Potasium serta Asid Ellagic.

Berikut adalah khasiatnya.
  • Strawberi mampu membantu menurunkan kadar kolestrol.
  • Membantu melumpuhkan kerja aktif kanser kerana Asid Ellagic yang terdapat didalamnya.
  • Dapat meredam gejala strok.
  • Mengandungi zat anti alergi dan anti radang.
  • Kandungan tujuh zat antioksidan yang terdapat di dalamnya lebih tinggi ika dibandingkan dengan buah dan sayuran lain, sehingga strawberi menjadi buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
  • Kaya vitamin C yang amat berkhasiat bagi pertumbuhan anak-anak.
  • Mengandungi kurang gula dan amat sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
  • makan strawberi secara teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit kelihatan lebih cerah dan bersih.
  • Strawberi dapat memutihkan dan membersihkan permukaan gigi.
  • Berkesan untuk melawan radang sendi.
  • Daunnya berkhasiat kerana memiliki zatastrigen. Minum tiga hingga empat caan air rebusan daunnya setiap haridapat membantu menghentikan serangan cirit-birit.
  • Keperluan vitamin C bagi bagi orang dewasa setipa haridapat dipenuhi oleh lapan biji buah strawberi iaitu bersamaan dengan 98mg, sekali gus dapat memenuhi keperluan serat oleh tubuh.
Sumber : Mingguan Wanita

No comments: