Showing posts with label Lilly Punyer Citer. Show all posts
Showing posts with label Lilly Punyer Citer. Show all posts

Friday, February 3, 2012

2011 yang tak akan dilupakan

2012 telah menjelma, sebulan telah berlalu, cepat sungguh, kerja2 sgt byk, mamca2 perkara perlu ditempuhi.

Kenangan 2011

Tahun yang tiadak akan ku lupakan kerana tahun ini, hasrat hati tertunai sudah, Alhamdulillah,
Bahagia rasanya ku tempuhi sepanjang 2011, syukur , Allah S.W.T melimpahkan rahmat, rezeki dan segalanya. inilah yg dikatakan berkat kesabaran dan usaha.

Peristiwa yg tidak dapat dilupakan sepanjang hidup.

1- Dapat menjejakkan kaki dan mengerjakan umrah Ke Tanah Suci
2- Pemergian Arwah Opah

lain2...x bleh bagi tau, rahsia hati....takut dikatakan riak ....tak baik oooo, cukuplah dengan 2 perkara penting ini

Semoga 2012 akan bertambah sinar kebahagian, Bertambah kuat Keimanan, Bertambah lagi amal ibadat, Perbanyakkan amalan, Doa ...
Hati ku ketika ini sgt merindui Tanah Suci, ku panjatkan doa seharian, semoga diberi kesempatan untuk kesana menunaikan Haji dan juga Umrah seterusnya, jika ada keizinan ingin sekali ku kesana setiap tahu, semoga menjadi kenyataan..........Amin 

Friday, August 12, 2011

Lama mendiamkan diri

Assalamualaikum..............

Lama betul me mendiamkan diri..
sibuk dengan persiapan diri
tetapi di facebook masih aktif seperti biasa

Sebenarnya Me sibuk dengan segala persiapan diri untuk mengerjakan umrah pada Awal Ramadan
Alhamdulillah semuanya selesai,
Syukur Kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan me and hubby menjadi tetamu allah pada tahun ini. Tiada gambaran yg indah dapat diterjemahkan disini, tiada kata-kata terhebat dapat diluahkan disini, untuk diceritakan pengalaman dan saat yg terindah dalam hidup ini ketika berada di Tanah suci Mekah.
Hanya allah S.W.T yang tahu
Me and hubby serta kedua ibubapa mertua dan , Datukl saudara juga ipar, sepupu ( kami sekumpulan 8 orang) bertolak pada 31 Julai 2011 dan pulang pke tanahair pada 11 Ogos 2011.
Ini bermakna kami menunaikan Umrah pada Awal Ramadan , peluang untuk merasai dan menikmati Ramadan Di Mekah bukan sesuatu yang mudah, dan tidak ramai mendapat peluang ini. syukur Alhamdulillah me and hubby dapat menunaikan nya buat pertama kali di bulan Ramadan.

Memang tiada kata-kata dapt diluahkan selepas berada disana, maka tanamkan keazaman dalam diri, dan berusahalah untuk ke Tanah Suci lagi kerana disana pasti temui ketenangan. Insyaallah...

Sekembalinya me ketanahair, belumpun sempat ku sampai kerumah , adik aku memaklumkan bahawa Opah a.k.a Mak yang menjaga aku sedari kecil telah kembali ke Rahmatullah. Sepanjang me di tanah suci, me talah dimaklumkan keadaan kesihatan Mak yang semakin kurang memuaskan . Me tetap berdoa agar segalanya dipermudahkan, tidak lagi diberi azab di dunia, ..............Ketika dikhabarkan me rasakan berkat doa me dikabulkan Allah S.W.T . 11. Ogos 2011 , kembalinya Arwah opah a.k.a Mak ; Che Gayah Ke Rahmatullah. Semoga Mak ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Kini yang tinggal hanya kenangan, yang kekal diingatan.........Aku Redha..


Tak pandailah nak berbebel lagi......cukuplah sebagai info kenapa blog ini tidak berupdate.

Monday, May 9, 2011

KEMBALI DENGAN SERIBU PERASAAN

alhamdulillah...hari ni umo teman udah 31 thn

Syukur dengan segala kurnia yg diberikan oleh Yang Maha Esa. Hanya rasa syukur yg bersarang dalam diri. Semoga dilanjutkan usia dengan keberkatan , hanya Kerana Nya..

Monday, March 14, 2011

AKU YG BUNTU

Begitulah kitaran kehidupan berpusing dipaksinya, bertemu semula ...kerana hari Isnin adalah ahri untuk bekerja lagi...kepenatan semalam belum lagi habis, cuti 2 hari macam tak bercuti la palak...adoiiii..letih benor.

hari minggu hari mengisi semulapeti ice dengan keperluan memasasak seminggu, kadang tu tak sampai seminggu pun cukup untuk 3 4 hari ja..kerana apabila sampai dai pasar ..tak tau nak beli apa sgt...
ikan, daging, ayam, udang, sotong
sebagai ibu tentu byk nak kena pikir ...nak beli , nak masak...pening...bukan semua anak suka amakan yg sama....
Lupa plak, aku gantung periuk 2 hari ni sebab keluar , tak der di rumah, kenduri ...n makan2 kat luar. pas tu ari ini aku pening nak masak apa...

aku jer ka atau orang pun sama ...asyik berfikir nak masaka pa...huhuhuhu...pening la.
Nak masak apa...nak masak apa.....???? tolong la

Thursday, February 24, 2011

My New Baby

Bukan Gambar kat bawah ni yg baby baru, hari ini Me N Hubby dah pergi dapatkan satu baby baru. Oleh kerana teruja dengan barang ni, setelah di "survey", dibeberapa lokasi, di pikir-pikir berkali-kali juga la pikir, akhirnya ..NIKON D5000 telah pun kami beli. Lepas ni nak kena belajar plak selok-belok meggunakannya, Lepas tu pula nak beli lagi accessories untuk menambahkan kehebatan menggunakan DSLR ini.Baru la Mantop. Alhamdulillah...salah satu dari wishlist aku dah pun dapat. Terima kasih Mr Hubby a.k.a En Syaiful Anuar. Lepas ni kita gi grab plak yag kita tgk ari tu...berbaloi2 la juga. ada lg 2 yang nak dicari...tp kena kumpul modal la lagi...

Ini hasil aku menggodek D5000 ...masih lagi diperingkat belajor2 shoot...
ppsssttttttt.....korang nak tau tak
ini antara Ikan peliharan aku yg ada dirumah....salah satu terapi bila letih balik kerja...tengok ikan ni berenang...aman jer....

Monday, February 21, 2011

Busy Giler

Giler.....ahhhhhhh mmg giler
sgt.....sgt....sgt....sgttttttttttttt la busy
nak update satu apa pun x bleh, ni singgah sekejap jer

Terbaru akan ada satu ruangan baru di blog ini
"APA KU TAHU KU SAMPAIKAN"
lebih kepada Pendekatan Islam / Kuliah ...Insyaallah...
Amin

Wednesday, February 2, 2011

Lama X Update

Salam buat teman-teman ku di alam maya ini dan juga silent reader yang ada berkunjung ke rumah ini tetapi tuan rumah hilang...........
Maaf lah kerana lama menyepi, kerana kekangan masa yang amat sangat dan terpaksa ku tinggalkan rumah ini tidak diselenggara.

Masuk bulan Februari 2011 barulah reda sedikit...tak banyak ..rasanya baru 5% sahaja selesai....it's mean banyak lagi la kerja2 yang perlu aku selesaikan.

Memang dah lama tak der cerita masak-masak disini, begitu juga tips, info dan aktiviti aku...terutama semasa cuti sekolah.
Berkesempatan juga aku bawa anak2 tetapi masa tak mengizinkan...tetapi di Facebook aku tetap update termasuklah gambar2 terkini...bukan terkena.

Masuk bulan kedua ditahun baru ...Februari 2011. Cepat betul masa berlalu pergi. Semakin hari semakain meningkat usia.
Syukur Alhamdulillah kerana Allah S.W.T mengurniakan kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki.
Ku berdoa agar dilanjutkan usia kerana diri masih kekurangan .......amalan-amalan, ibadah serta ku pohon dilanjutkan usia agar dapat ku mendidik anugerah dan Amanah yang telah dikurniakan kepada aku dan suami sebaik-baiknya dunia dan akhirat

Sunday, October 3, 2010

Apa Ada Dalam Beg Tangan Anda?

Apa la hal nya plak kan , tetiba buat tajuk ni?
Alkisahnya, sebenornya la kan , ni teman nak ceriter, teman udah lamo tak beli sebarang make up, apa jenama sekalipun,  entah ler naper? terpikior la plak, nak mambeli dalam bulan ni...emmmm
biler igt2 blk dolu2 dlm beg teman ni, ader ajer brang nyer, lipstick, eyeshadow, blusher, compact powder, maskara, lip liner, eye liner, mcm2 lah....

Tapi kan, teman ni bukannya jenis yg nak membeli yg bejenama sgt, yg biasa2 ja....selalunya Avon la kan...
Petang tadi terpanjang skit kaki ni, pegi ke Watson, bukan aper, teringhat iklan kat Tv tu ader membership card, nak juga la teman rembat, tapi biler teman nak, katanya salesgirl tu, dah abih la akak, nanti akak datang lain lah...cisss....potong semangat teman tau....
teman gi la ushar gak product Penyayi tersohor no 1Malaysia tu...emmmmharganya , mmg no 1 la juga kan, teman tak der ler beli nyer, temna nengok jer, temna rembat brg lain, abih la pulak Rm 50.00 ++,

Jadi bertambah la blk brg dlm beg tangan teman, iaitu, compact powder and lip balm...kikiki
Nak top up lagi, tapi kena tunggu elaun bulanan dari Mr Hubby....

Merapek kan....

Thursday, September 23, 2010

CERITA NASI LEMAK

Salam buat semua, kawan2 blog, pengunjung2...(ada ka ??????)....

Macam mana dengan kerja2 hari ini ????
Suri2 rumah tentu sibuk mengemas rumah, menyapu sampah, menyapu sawang2, membasuh baju sekolah anak yg semalam, byk nya kerja seorang surikan...
Tengah hari pula nak memasak untuk anak2 blk sekolah,

Macam mana pula dgn ibu2 yg bekerja
kepada yg ada "bibik" mungkin selesa skit la, ada org tlg jaga rumah

Aku pula, sedang bekerja, blk rumah baru la nak memulakan tugas dirumah
masak ....semestinya la, anak2 yg suka makan kena masak,
pagi2 mmg tak masak la, selalunya beli nasi lemak bungkus jer
Kat tpt aku ada la Dlm harga RM 0.60 - RM 1.20, pilihla yg mana sedap...
ada kat satu gerai Makcik ni, aku suka nasi lemak dia, sedap, byk juga, berbaloi la dgn harga
Ada satu lagi kedai, nasi lemak nya sedap, tp korang nak tau, 3 kali suap kemulut dah abis, harga RM 0.70 sebungkus, tak berbaloi la sgt, Agak2 la kalau nak untung, Kena pikir keuntungan jangka panjang....jgn dok igt untung sehari jer....sekali org dah terkena , lps tu, makin kirang la yg dtg membeli...cam na nak maju

Kadang2 susah nak cari nasi lemak yg kena dgn selera kita, ada yg cuku rasa lemak, ada yg tak terasa lemak, ada plak sambal yg tak sedap....sih ish ish ....macam2 la kan

Sebab apa slalu cari nasi lemak ja?????
Sebab anak2 suka makan nasi lemak waktu pagi, kalau buat yg lain tu, susah skitla nak makan....
Maka beli atau buat sendiri tetap nasi lemak sbg sarapan pagi...
itulah anak2, kita slalu memenuhi permintaan mereka,
Adakah suatu hari nanti anak2 akan melayan kita sebegitu...
ehhhhh...jauhnya aku berfikir....
Berdoalah yg terbaik untuk anak2

Sekian celoteh hari ini

Sunday, July 4, 2010

AkU GeRaM PaGi Ni..

Pagi ahad yang indah, pepagi lagi tak la pagi sgt,dlm kul 8.00 pagi aku pergi la ke Pasar basah kat Bagan Serai, niatnya nak buat koey teow gorengla pagi i,dengan bangga nya aku belia la bahan2nya. Bukan gi pasar semata2 nak beli barang buat koey teow tetapi aku dah borong untuk seminggu la, a.k.a kepala ikan seludu, sotong kembang, ikan tongkol, ikan siakap, sayur2an....penuh la ice box aku...
Tak lupa Nasi Lemak buat anak teruna aku, untuk aku tak payahla nak breakfast nasi lemak, tuuuu nak buat koey teow goreng....nyum nyum

Cerita bila sampai rumah,
Sampai jer rumah aku prepare la nak menggoreng ni, ...jeng jeng jeng....
Korang nak tau kenapa?????
Koey teow yg aku beli tu, koey teow lama, tak cun dah, hancus la, aduhhhhh....tapi ku goreng juga, maybe rasa dia ok lagi, tp ..hampa belaka, koey teow tu berketul2, rasanya..Ya Allah, macam buat tepung masak cabai, bayangkan.....ngeeeeee..GERAM Tul la

Ok, now i nak pi masak tgh hari Pulak, sat gi kita sambung yer

Saturday, July 3, 2010

Aktiviti Petang Sabtu 3 Julai 2010

Petang hari Sabtu, bawa WA & Anak2 pegi beli belah a.k.a pi beli baju raya......
APESAL AWAL SANGAT???????
mesti tekejutkan, kenapalah awal sangat pi beli baju raya...
hehehe...ini gara2 tak der org terima dah tempahan baju raya, so kena la awal, then sajer jer gi jejala kat Gene MArtino, ader lak stock baru masuk untuk Raya tahun ni, aper lagi, belasah jer la, So Lepas ni aku tak payah pikiaq lagi dah pasai baju raya anak2 aku....oooppps lupa lak, baju raya anak2 a.k.a baju si abang berdua- baju melayu & Baju kurung si puteris Syasya, telah pun siap sedia, tp ader lagi nak dibelikan, yg tu tunggu ujung2 puasa nanti, baru plak rasa kemeriahan nak beraya tuuuu..eh eh eh beriya benor aku citer bab raya ,puasa pun blom lagi...hehehehehe....

ini pula pic terbaru puteris kesayangan ...masa ni singgah makan2 kat Tesco, bagi dia masuk main2 kejap, tapi tak main sgt pun, takut nak naik papn gelungsur tu...ingatkan berani sgt, main skit2 jer.. Si abang pula asyik nak main games, tp tak pandai pun, perabih duit aku jer....tak suka arrr mian games tuuuu..then ajak balik jer, muncung la muka masing2...


Friday, July 2, 2010

MaLaM Yg SeJuK & NyAmAn

Malam ni aku mengadap laptop ni, menjelajah ke rumah-rumah Blog Kawan2 Siber, sementara Mr Hubby Melayan Bola Brazil VS Holland . ehhh betul ker aku type ni haaaa...belasah la, apa pun rasanya Brazil Tertungging la hari ni. Nasib baik la Broadband aku tak buat hal mlm ni, kekadang cam siput juga. My Little Princes tido awal....wahhhh, dah 2 mlm dia tido awal, kalau tak mau nya aku layan dia sampai kul 1.00 pagi atau pun 2.00 pagi. Dugaan oooo,mana taknya , esok nak bangun awal plak....ish ish ish, kesian aku..

Kenapa aku sebut "MaLaM Yg SeJuK & NyAmAn"....
Kerana hari ni hujan la skit, lepas tu aku ader la dok ubah suai rumah skit, (bukan aku buat tapi upah org buatla kan) maka , di depan rumah masih la terpelohong , si Tauke Cina buat tingkap tak mai pasang la pulak hari ni, dah 2 mlm aku tido luar, takut lak , aper2jadikan....Jadi angin malam meniup masuk kedalam rumah...ooooooohhhh sejuknya la badan. Bab ubah suai nanti la aku citer kenapa ekkkk????

Malam ni melayan bloging dengan aman (anak2 sumer tido, kalau tak sama naik la nak tekan2 keyboard ni), sambil tgk citer kat TV2,....layannnnn

Wednesday, June 30, 2010

CeRiTa TeNtAnG AyAm MaSak MaDu

Semalam masak simple jer, Ayam Masak Madu dengan Sayur Taugeh Goreng dengan Kucai.
Al kisahnya , jam 7.50 aku menghantar Anak sulung ke Pusat Tuisyen , then turn back, pick up Mr Hubby ,coz nak beli Hp. Masa antar anak, si adik berdua ikut la, maca biasa naka dara dok menyanyi la dalam keter, macam2 lagu kuar tapi kurang la nak paham nyer..Si abang kecil plak, dgn selamba cakap " Ibu...Aidil suka la ibu masak ayam tadi, sedap la, kalau ibu buat masak merah pun aidil suka, hari-hari buat bleh tak? Lagi Satu Aidil Nak makan ayam goreng ja. Ibu masak sedap"...ntu la anak ibu, lain tak mau, nak makan ayamjer hari2. Pas tu pandai plak membodek.