Thursday, June 7, 2012

X ADA CERITA

Lama benor x der aper2 citer, aktif hanya di facebok, tambah pula mmg byk kerja sejak kebelakangan ini. Sedang menanti Ramadan yang tak berapa hari jer lagi. Kalau Tahun lepas
(2011) Ramadan Dinanti dengan persiapan dan keberangkatan kami suami isteri menunaikan umrah, menyambut Ramadan disana, sgt2 indah moment itu, x dpt diceritakan bagaimana perasaan ini tatkala kaki menjejakkan kaki di Masjidilharam.
Tahun ini juga sibuk dengan persiapan, iaitu persiapan untuk menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga kami, anak2 pun x sabar , selalu bertanya bila baby nak ada dirumah....bila di cakap tunggu bulan puasa nanti ada la baby di rumah, maka masing2 bertanya bulan bila puasa dan masing2 mengira hari berapa hari lagi nak puasa....
Harap semuanya berjalan lancar dan Allah S.W.T memudahkan segala urusan dan kurniakan kesihatan yang baik kepada anak-anakku semua...