Kehadiran yang dinanti penuh dugaan, Ya, mengandung kali ini me tidak ada apa2 alahan pun. Malah badan segar dan sihat. Tak da la pula nak mengidam berbagai2, cuma selera lebih kepada fastfood, nak ke Pizza Hut, KRR, KFC....perghhhh, makanan penambah lemak. Sib baik x naik banyak badan masa mengandung. Lagipun memang dah berbadan besor...emmmm untuk makluman berat sblm mengandung 78kg., berat kan. Berat sepatutnya dalam 56kg ja...bayangkan berapa banyak nak kena buang tu. Ok, berbalik kepada tajuk asal entri ini, Memang kami suami isteri sangat2 inginkan baby dalam keluarga. Me sendiri pun kalau boleh nak kan anak yang ramai, tp itu semua ketentuan Ilahi, nak mengandung pun susahnya, inikan pula nak ramai. Jawabnya , tak ado lah.
Sepanjang mengandung, cuma mengandung selama 34minggu, mmg tak sempat rasa puas mengandung. baby dah nak kuar. Baby PREM ...pra matang. 34 minggu 1 hari, secara pembedahan, kerana tak ada konteraksi, tp liquar a.k.a air ketuban turun banyak tak henti, sejak dari 9hb June, sampaila 26 Jun Doktor ambil keputusan untuk bersalin awal. Jadi 1st case la hari tu, a.k.a emergency , semua yg dah booking nak masuk bilik bedah pagi tu, kena tunda, bg laluan dekat me, kerana takut baby kena jangkitan akibat dah lama terdedah.....cam karung dah ditebuk tu la kan.
Sehari sebelum pembedahan, Doktor peadreatik datang ceritakan kesan2 anak pramatang dan apa akan berlaku sekiranya anak dilahirkan terlalu kecil. oppps, pagi tu dah pi scan Doktor jangkakan baby ku cuma seberat 1.6kg. Memang ada kesan2 yg akan berlaku.,Apa lagi air mata me pun turun tak berhenti la hari tu. Susah hati sesangat lah.
Sampai masanya 26.06.2012 pagi2 lagi aku disorong ke bilik bedah. jantung berdegup kencang buikan pikir pasal diri sendiri tapi bayi yang bakal ku lahirkan adakah dapat dia bertahan dan bernafas sendiri. Syukur alhamdulillah, semasa Doktor keluarkan bayi dari rahim me, bayi ku terus menangis. masa tu hanya allah S.W.T yang tahu apa perasaan aku. Lepas tu ternanti2 plak bila la doktor nak tunjuk bayi ku. Alhamdulillah lepas tu x ingat baper lama doktor bawa mai baby, masa itu terdetik, bayi ku sihat dan boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.
Ini cerita ibu nak bersalin jer , apabila dah melahirkan, baby plak yg di duga sehebatnya...esok me citer yer.
Bye...bye
dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapalyang belayar dilautan. Telah ramai kapal tenggelam didalamnya........... andai muatan kita adalah IMAN dan layarnya adalah TAKWA nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Kita Adalah Bertanggungjawab terhadap Tubuh Badan Kita. Hargai, Sayangi, Pelihara
Friday, October 12, 2012
Thursday, October 11, 2012
Salam Siaran ....Assalamualaikum
Assalamualaikum...
Lamanya tak mengupdate blog yg al-ala segan silu ni. Maklumlah pemilik blog ni agak struggle ngan kerja pada bulan mei dan struggle ngan kesihatan semasa bulan Jun ari tu. Untuk pengetahuan semua me telah melahirkan anak lelaki pada 26.6.2012 melalui pembedahan kerana beberapa masalah yg tak dapat dielakkan. Bayi yg sepatutnya dilahirkan pada Ogos , lahir lebih awal, pertama kali melahirkan anak pra matang sgt2 lah susah hati dan anak ditahan di wad selama 24hari. oppps lupa, sebelum tu saya dah ditahan di wad sejak 9hb Jun lagi....lama kan sampai melahirkan 26.6.2012 ...kira lah sendiri baper hari. Lepas tu anak ditahan di wad kanak2 selama 24hari,leh kuar wad 1 hari sebelum puasa. kira ok la, daripada meninggalkan anak2 yg dah beso2 tu ngan abahnya berpuasa sendirian.Alhamdulillah dia hanya duduk dalam open inkubator , tak perlukan bantuan pernafasan dgn machine oxygen.Walaupun macam tu macam2 la baby Adib ni harungi, kalau korang tgk mesti menitis air mata. baby Adib ni kira kuat lah juga semangat nya . Lupa nak bg tau berat bayi semasa lahir cuma 1.85kg, sgt kecil. Skarang ni pun dah masuk kerja semual , baru 2 minggu, lepas ni saya akan cerita perjalanan my baby ngan weight gain dia, dan juga apa me sdg buat dan cuba untuk sihat, cantik dan bertenaga....Cantik????? untuk suami la...bukan untuk org lain, Sihat???? untuk family la...kerana mereka masih memerlukan saya...
Thursday, June 7, 2012
X ADA CERITA
Lama benor x der aper2 citer, aktif hanya di facebok, tambah pula mmg byk kerja sejak kebelakangan ini. Sedang menanti Ramadan yang tak berapa hari jer lagi. Kalau Tahun lepas
(2011) Ramadan Dinanti dengan persiapan dan keberangkatan kami suami isteri menunaikan umrah, menyambut Ramadan disana, sgt2 indah moment itu, x dpt diceritakan bagaimana perasaan ini tatkala kaki menjejakkan kaki di Masjidilharam.
Tahun ini juga sibuk dengan persiapan, iaitu persiapan untuk menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga kami, anak2 pun x sabar , selalu bertanya bila baby nak ada dirumah....bila di cakap tunggu bulan puasa nanti ada la baby di rumah, maka masing2 bertanya bulan bila puasa dan masing2 mengira hari berapa hari lagi nak puasa....
Harap semuanya berjalan lancar dan Allah S.W.T memudahkan segala urusan dan kurniakan kesihatan yang baik kepada anak-anakku semua...

Friday, February 3, 2012
2011 yang tak akan dilupakan
2012 telah menjelma, sebulan telah berlalu, cepat sungguh, kerja2 sgt byk, mamca2 perkara perlu ditempuhi.
Kenangan 2011
Tahun yang tiadak akan ku lupakan kerana tahun ini, hasrat hati tertunai sudah, Alhamdulillah,
Bahagia rasanya ku tempuhi sepanjang 2011, syukur , Allah S.W.T melimpahkan rahmat, rezeki dan segalanya. inilah yg dikatakan berkat kesabaran dan usaha.
Peristiwa yg tidak dapat dilupakan sepanjang hidup.
1- Dapat menjejakkan kaki dan mengerjakan umrah Ke Tanah Suci
2- Pemergian Arwah Opah
lain2...x bleh bagi tau, rahsia hati....takut dikatakan riak ....tak baik oooo, cukuplah dengan 2 perkara penting ini
Semoga 2012 akan bertambah sinar kebahagian, Bertambah kuat Keimanan, Bertambah lagi amal ibadat, Perbanyakkan amalan, Doa ...
Hati ku ketika ini sgt merindui Tanah Suci, ku panjatkan doa seharian, semoga diberi kesempatan untuk kesana menunaikan Haji dan juga Umrah seterusnya, jika ada keizinan ingin sekali ku kesana setiap tahu, semoga menjadi kenyataan..........Amin

Friday, December 16, 2011
Lunch Tengah Hari ini
Tengah hari ni .........ini ja yg ada nak kuar n balik malas....................layan
Wednesday, August 24, 2011
SAMBUTAN AIDILFITRI MENURUT PERSEPSI ISLAM
Sumber Dari Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)
Wajar dikongsi bersama-sama
Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)
Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.
Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".
Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)
Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya.
Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.
Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.
Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)
Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.
Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”
– (Surah An-Nisa': 1)
Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.

Friday, August 12, 2011
Lama mendiamkan diri
Assalamualaikum..............
Lama betul me mendiamkan diri..
sibuk dengan persiapan diri
tetapi di facebook masih aktif seperti biasa
Sebenarnya Me sibuk dengan segala persiapan diri untuk mengerjakan umrah pada Awal Ramadan
Alhamdulillah semuanya selesai,
Syukur Kepada Allah S.W.T kerana mengizinkan me and hubby menjadi tetamu allah pada tahun ini. Tiada gambaran yg indah dapat diterjemahkan disini, tiada kata-kata terhebat dapat diluahkan disini, untuk diceritakan pengalaman dan saat yg terindah dalam hidup ini ketika berada di Tanah suci Mekah.
Hanya allah S.W.T yang tahu
Me and hubby serta kedua ibubapa mertua dan , Datukl saudara juga ipar, sepupu ( kami sekumpulan 8 orang) bertolak pada 31 Julai 2011 dan pulang pke tanahair pada 11 Ogos 2011.
Ini bermakna kami menunaikan Umrah pada Awal Ramadan , peluang untuk merasai dan menikmati Ramadan Di Mekah bukan sesuatu yang mudah, dan tidak ramai mendapat peluang ini. syukur Alhamdulillah me and hubby dapat menunaikan nya buat pertama kali di bulan Ramadan.
Memang tiada kata-kata dapt diluahkan selepas berada disana, maka tanamkan keazaman dalam diri, dan berusahalah untuk ke Tanah Suci lagi kerana disana pasti temui ketenangan. Insyaallah...
Sekembalinya me ketanahair, belumpun sempat ku sampai kerumah , adik aku memaklumkan bahawa Opah a.k.a Mak yang menjaga aku sedari kecil telah kembali ke Rahmatullah. Sepanjang me di tanah suci, me talah dimaklumkan keadaan kesihatan Mak yang semakin kurang memuaskan . Me tetap berdoa agar segalanya dipermudahkan, tidak lagi diberi azab di dunia, ..............Ketika dikhabarkan me rasakan berkat doa me dikabulkan Allah S.W.T . 11. Ogos 2011 , kembalinya Arwah opah a.k.a Mak ; Che Gayah Ke Rahmatullah. Semoga Mak ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Kini yang tinggal hanya kenangan, yang kekal diingatan.........Aku Redha..
Tak pandailah nak berbebel lagi......cukuplah sebagai info kenapa blog ini tidak berupdate.

Saturday, May 14, 2011
Sago @ Bronok.....betul ka???
Alkisahnya , masa jelajag blog Cikgu Hana yang baru jer blk ke Malaysia tu...ada tgk benda ni, anak-anak mmg suak tapi jarang sekali buat menjadi. asal buat ajer lembik, asal lembik jer aku la yg buat tu...Jadi dik kerana teruja dengan aksi yg Cik hana buat, aku pun buat la ...alhamdulillah menjadi , sedap, kenyal tak lembik, dah ak ader putih2 ....bleh la nanti nak buat lagi...
AGAR-AGAR SANTAN
Assalamualaikum,
lama betul tak update apa2 aktiviti, sibuk la pula.
Ni agar-agar santan pandan yang dah la buat, dah jadi baja pun...baru ada kesempatan ank update...adoiiii...
Ni kalau musim oanas ni sejuk jer tekak..layannnnnnnn

Monday, May 9, 2011
KEMBALI DENGAN SERIBU PERASAAN
alhamdulillah...hari ni umo teman udah 31 thn
Syukur dengan segala kurnia yg diberikan oleh Yang Maha Esa. Hanya rasa syukur yg bersarang dalam diri. Semoga dilanjutkan usia dengan keberkatan , hanya Kerana Nya..

Tuesday, March 29, 2011
Pancake Kelapa @ Lempeng Kelapa
Salam siaran lagi ....alhamdulillah dapat lagi bersua disini ye...
Ini Pancake atau lempeng kelapa yang comel dan sedap cicah pula dengan kuah kari ikan . Ini buat minum petang..lama dah buat tapi lambat nak tanyang sini. Malas pula nak celoteh sini,....angin malas melanda..ok cuci2 mata dah la yer
Monday, March 28, 2011
Manggo Lassi
Ni la manggo lassi versi big family. Orang tayang dalam blog ni letak dalam gelas cantik comei, aku siap bubuh dalam jug lagi....kerana versi Big Family. Gara2 mangga yg banyak aku beli masa musim dia, ciplak resepi dari ILHAMDAPUR. nak tau, surf la sendiri ekkk...ada masa baru aku copy paste kat sini.
PISANG GORENG @ GORENG PISANG
Mana satu yang betul Pisang Goreng atau Goreng Pisang??
yang ni aku buat masa untuk minum petang, yer la sgt...sampai kul 6.00 ptg baru la aku boleh goreng,dengan kadar seberapa segere aku buat benda ni, guna Pisang Awak ja, lepas tu guna Tepung Goreng Pisang Rangup camput sikit tepung beras dan sedikit garam , sedap bila makan dan minum kopi O panas petang2 hari...Layan .........
Nasi Lemak Sambal Sardin
Assalamualaikum,
Salam sejahtera, apa khabar anda semua hari ini.
Menu hari ini, actually, untuk sarapan pagi..Nasi Lemak sambal sardin, sesekali tukar angin makan nasi lemak dengan sambal sardin, sebab ni.
Menu ni, ringkas ja, masaknya pun senang,ikut pula cara Kak Hanieliza, mmg sedap, harum satu rumah.

Wednesday, March 23, 2011
SANDWICH SIPLE BUAT SARAPAN HARI INI
Selamat Pagi , Good Morning. Breakfastni buat sebenarnya minggu lepas tapi tak sempat nak upload dalam ni kerana line internet a.k.a brodband kawasan rumah aku hanya ada GPRS, tp selalu laju la juga, tapi sejak kejadian Tsunami , mmg lambat betui, rasanya Kura-kura lagi laju jalan tau......
Ini sandwich sardin yg suoer simple., almaklumlah banh=gun buat seawal pagi sebab nak bawa bekal pergi kerja, jemu plak dok beli nasi lemak 60 sen....nak makan kuih pun itu itu ajer hari2 , so decide buat sandwich ni......
nak tahu resepi sandwich.????????????
oooo boleh... senang ja
tgk kat bawah sana ya

![]() |
| Sandwich Sardin Super Simple |
Bahan-Bahan diperlukan :-
Roti sandwich, apa2 brand ja
Sardin dalam tin tu...
mayonise
serbuk lada hitam
bawang besar - dicincang halus
cilia api- dipotong kecil2
garam
planta
Cara-caranya
Gaulkan sardin dari dalam tin bersama Mayonise, serbuk lada hitam, garam, cili apai an bawang besar.
Sapukan roti dengan planta , letakkan bancuhan sardin tadi , dan potong la segitiga...ah siap...masuk tupperware boleh bawa pi kerja...
p/s ini adalah kerja orang yg malas, tp rasanya tetap lazat....sebab aku suka makan sardin tin
Monday, March 21, 2011
Yg ni aku beli , x buat yer....JUJUR tau
Salam semuanya, kembali bersiaran......hahahahaha, sejak2 3 menjak ni, hujan ajer ari2, sampaikan ada yg kena pindah akibatbanjir. ALhamdulillah kali ni, air tak der la melepasi ke kawasanaaku ni, mmg aku punya tempat ni ada potensi untuk banjir..... Eh...melalut la plak, ok nak tanyang kat sini , ni aku beli kat pasar petang a.k.a pasar malam org sini panggil, tapi hakikat tak sampai malam pun....cerita ja lebih....Kebab with Pita...(** ada cita2 nak buat sendiri tapi tak sampai seru lagi)
Yang ini pula Roti John, tapi nak bagi tau la, tak sedap ..rupa ja yg cantik...Cantik ka????
Janagan bebel banyak2 nanti melalut yg lebih...jumpa di entri seterusnya
Monday, March 14, 2011
AKU YG BUNTU
Begitulah kitaran kehidupan berpusing dipaksinya, bertemu semula ...kerana hari Isnin adalah ahri untuk bekerja lagi...kepenatan semalam belum lagi habis, cuti 2 hari macam tak bercuti la palak...adoiiii..letih benor.
hari minggu hari mengisi semulapeti ice dengan keperluan memasasak seminggu, kadang tu tak sampai seminggu pun cukup untuk 3 4 hari ja..kerana apabila sampai dai pasar ..tak tau nak beli apa sgt...
ikan, daging, ayam, udang, sotong
sebagai ibu tentu byk nak kena pikir ...nak beli , nak masak...pening...bukan semua anak suka amakan yg sama....
Lupa plak, aku gantung periuk 2 hari ni sebab keluar , tak der di rumah, kenduri ...n makan2 kat luar. pas tu ari ini aku pening nak masak apa...
aku jer ka atau orang pun sama ...asyik berfikir nak masaka pa...huhuhuhu...pening la.
Nak masak apa...nak masak apa.....???? tolong la

Thursday, February 24, 2011
My New Baby
Bukan Gambar kat bawah ni yg baby baru, hari ini Me N Hubby dah pergi dapatkan satu baby baru. Oleh kerana teruja dengan barang ni, setelah di "survey", dibeberapa lokasi, di pikir-pikir berkali-kali juga la pikir, akhirnya ..NIKON D5000 telah pun kami beli. Lepas ni nak kena belajar plak selok-belok meggunakannya, Lepas tu pula nak beli lagi accessories untuk menambahkan kehebatan menggunakan DSLR ini.Baru la Mantop. Alhamdulillah...salah satu dari wishlist aku dah pun dapat. Terima kasih Mr Hubby a.k.a En Syaiful Anuar. Lepas ni kita gi grab plak yag kita tgk ari tu...berbaloi2 la juga. ada lg 2 yang nak dicari...tp kena kumpul modal la lagi...
Ini hasil aku menggodek D5000 ...masih lagi diperingkat belajor2 shoot...
ppsssttttttt.....korang nak tau tak
ini antara Ikan peliharan aku yg ada dirumah....salah satu terapi bila letih balik kerja...tengok ikan ni berenang...aman jer....
Tuesday, February 22, 2011
Sambutan MaulidulRasul ( Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A W)
Alhamdulillah, Tahun ini aku berkesempatan menghadiri Sambutan Maulidulrasul tahun 1432H di kampung dan juga di sekolah tempat aku bekerja.
Banyak pelajaran yg aku perolehi, sangat bernilai, disamping dapat meningkatkan rasa Cinta dan Kasih kepada Baginda Rasul, Setiap kali mendengar kisah baginda hati berdetik, mata bergenangan mahu menitiskan airmata, betapa baginda bersusah payah mengharung berbagia rintangan demi Islam.
Malangnya, zaman ini dengan segala teknologi canggih, manusia semakin lupa kepada Islam, lihat sahaja disekitar kita, pelbagai masalah sosial berleluasa, jenayah pembunuhan disini sana, huru hara ditambah lagi dengan segala malapetaka sudah menimpa seluruh makhluk dimuka bumi ini.
Aku memperingatkan diriku dan juga menyeru sekalian Umat agar selalu lah kita Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
nanti sambung lagi, dah tak ada idea ..
Monday, February 21, 2011
Busy Giler
Giler.....ahhhhhhh mmg giler
sgt.....sgt....sgt....sgttttttttttttt la busy
nak update satu apa pun x bleh, ni singgah sekejap jer
Terbaru akan ada satu ruangan baru di blog ini
"APA KU TAHU KU SAMPAIKAN"
lebih kepada Pendekatan Islam / Kuliah ...Insyaallah...
Amin

Subscribe to:
Posts (Atom)